Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 11 April 2014

#Pemilihan PKR: Azizah-Anwar kekal Berlawan untuk hiburkan penonton Wayang Opera Keluarganya ?

anwar azizah
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disahkan akan berentap dengan suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merebut kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan hujung bulan ini.
Walaupun spekulasi mengatakan bahawa kemungkinan salah seorang darpada mereka bakal menarik diri pada saat akhir namun sehingga tindakan rasmi dilakukan sehingga tempoh penarikan diri berakhir pada Khamis.
Pengesahan perebutan sengit antara Wan Azizah dan suami itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
“Sehingga kini dua nama itu (Wan Azizah dan Anwar) tetap bertanding bagi jawatan presiden. Tiada mana-mana pihak yang menarik diri,” katanya.
Bagaimanapun Johari berkata sama ada Anwar mahupun Azizah, mereka masih boleh menarik diri pada saat-saat akhir sebelum pemilihan berlangsung.
“Selepas ini pun masih boleh tarik diri…kita tak halang. Tapi kalau boleh buatlah keputusan sebelum 15 April ini kerana selepas tarikh itu kita akan hantar senarai nama untuk dicetak dalam kertas undi.
“Bezanya ialah kalau tarik diri selepas ini, wang deposit tidak akan dipulangkan. Malah jika nombor pencalonan sudah dicetak, undi untuk mereka akan dikira sebagai undi rosak,” katanya.
Sebelum ini ramai pihak menjangkakan Wan Azizah yang juga penyandang jawatan Presiden sejak 1999 akan menarik diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menang tanpa bertanding.

Tiada ulasan: