Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 11 April 2014

Hudud tiada dalam konsensus pakatan pembangkang – DAP LAHNATULLAH ?

KUALA LUMPUR – DAP tetap dengan berpendirian tidak setuju perlaksanaan hudud oleh kerajaan Pas di Kelantan dan parti itu tidak akan membuat pusingan U berhubung perkara tersebut.
Malah bagi DAP, hudud bukan sebahagian daripada konsensus yang telah dipersetujui oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada parti itu, PAS dan PKR.
“Pendirian DAP tetap sama dan tidak berubah sebagai salah sebuah parti komponen pakatan pembangkang. Lagipun, kami juga berhak menyuarakan pendapat dan penjelasan yang diyakini perlu dalam isu ini.
“Kami (DAP) tidak beralih dari pendirian kami bahawa
perlaksanaan undang-undang hudud adalah tidak sesuai di negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia,” ujarnya dalam sidang media di sini. Hadir pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Segamat, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Pas bahawa parti itu perlu sedar bahawa hudud bukan sebahagian daripada agenda pakatan pembangkang yang diumumkan dalam ‘Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat’ pada tahun 2011, membabitkan DAP, Pas dan PKR.
“Saya ingin menjelaskan dengan tegas bahawa kedudukan DAP dalam isu hudud telah dijelaskan beberapa kali dan ia tidak boleh membawa kepada sebarang kompromi selepas ini,” jelas beliau Kit Siang.

Tiada ulasan: