Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Januari 2014

Setelah di Usir oleh Kerajaan Negeri pimpinan Khaled Ibrahim MARA cari lokasi baharu pindah GiatMara Selayang ?

imageKUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mencari kawasan baharu untuk memindahkan Pusat Latihan GiatMara Selayang susulan arahan mengosongkan tapak pusat itu oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.
Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata pihaknya berhasrat untuk mengekalkan kawasan itu jika diberi peluang sama ada dengan cara membeli, menyewa ataupun diwartakan kerajaan.
“Oleh kerana kita diberi tempoh setahun, kita perlu cari tempat untuk pindahlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat ibu pejabat MARA di sini, hari ini.
Pada 2 Disember lepas, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak telah menghantar surat arahan mengosongkan kawasan itu kepada pengurus Pusat Giatmara Selayang.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya bersedia mengkaji semula keputusan menutup Pusat GiatMara Selayang jika pengurusan pusat latihan kemahiran itu mematuhi syarat membaiki kemudahan dan operasi sedia ada.
Ibrahim berkata setakat ini, hanya 86 Pusat GiatMara di seluruh negara beroperasi di atas tapak dan premis milik Mara manakala 145 lagi masih beroperasi di bangunan yang disewa atau di kawasan terbiar yang dibangunkan.
“Program GiatMara ini masih relevan dan kita akan teruskan program ini bagi memberi latihan teknikal dan vokasional kepada masyarakat terutama anak muda untuk memajukan diri,” katanya.
Pusat GiatMara Selayang yang beroperasi sejak 1994, menawarkan program sijil pendawaian elekterik dan telah melahirkan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam bidang berkaitan.
Pada majlis itu, sebanyak 1,000 kakitangan MARA menyertai perarakan sempena seawal 8.30 pagi di Jalan Raja Laut, di sini.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid dan Rawi oleh kumpulan nasyid Far East serta alunan Qasidah oleh pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru, Selangor.
Turut diadakan Program Bicara Santai yang mengupas cara mendidik anak dari sudut pandangan Islam dikendalikan oleh Imam Muda Mohd Taufik Mohd Noh dan anggota panelnya terdiri daripada Ahmad Azam Abdul Rahman dan Nur Azlina Abdul Aziz, iaitu ibu bapa pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki Allahyarham Ahmad Ammar Azam.
Catat Ulasan