Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 23 Januari 2014

Rizab antarabangsa Bank Negara RM442.3b


image
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM442.3 bilion (bersamaan dengan US$135 bilion) pada 15 Januari tahun ini.
Bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 3.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$121.9 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2.0 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$8.7 bilion).
Jumlah aset Bank Negara termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM474.4 bilion.
Aset-aset selain rizab antarabangsa termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM1.85 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM16.25 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.69 bilion), dan aset-aset lain (RM7.30 bilion), kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.
Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab-rizab (RM56.12 bilion), mata wang dalam edaran (RM76.15 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM187.7 bilion), deposit kerajaan persekutuan
(RM15.24 bilion), deposit-deposit lain (RM2.94 bilion), kertas kerja Bank Negara (RM104.66 bilion), peruntukan SDR (RM6.79 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM24.67 bilion). 
SUMBER– Bernama

Tiada ulasan: