Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Januari 2014

Terkini Tambahan 250 polis dari Ipoh kawal gereja dan masjid di Pulau Pinang

Polis mengawal di hadapan Gereja Assumptions di Pulau Pinang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Semalam kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.
GEORGE TOWN-Tambahan 250 anggota polis dari Ipoh akan dihantar bagi mengawal gereja dan masjid di Pulau Pinang pagi ini selepas serangan bom “Molotov cocktail” di gereja, Church of the Assumption di George Town.
Gereja Katolik itu diserang selepas kain rentang kontroversi menggunakan kalimah Allah ditemui di luar gereja semalam, kata polis. Hanya satu bom yang berjaya meletup dan satu lagi tersasar.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.
“Kita sudah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
Beliau berkata polis sudah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.
Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 buah gereja di sekitar daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.

Tiada ulasan: