Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

COMANGO :ISMA JANJI LONDEH BADAN ITU HABIS HABISAN

KUALA LUMPUR- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berikrar “melondeh habis-habisan” agenda Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) jika kumpulan itu terus menuntut kebebasan beragama, termasuk hak murtad serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, mereka tidak akan berundur walaupun gabungan 54 NGO mengheret itu itu ke mahkamah.
Abdullah Zaik berkata, agenda Comango yang diimport daripada negara luar khususnya Amerika Syarikat, tidak berdasarkan pengalaman dan nilai setempat serta bermotifkan penjajahan untuk merosakkan masyarakat Islam.
“Mereka berasa selesa sekarang ini kerana orang tidak tahu apa itu Comango. Tapi kalau rakyat tahu mereka perjuangkan kebebasan beragama, memperjuangkan hak murtad, LGBT dan sebagainya, saya rasa, mereka tidak akan mampu nak mengangkat muka di tepi jalan.
“Kita akan (membuat) penjelasan (tentang) perjuangan mereka. Kita akan londeh habis-habisan. Kalau dia nak main (di) mahkamah, itu hak dia,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.
Diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Abdullah Zaik berkata pihaknya tidak menolak secara menyeluruh aspek kebebasan selagi ia sejajar dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Ia, katanya, termasuk menolak kediktatoran dan menyokong peranan masyarakat dalam menentukan dasar negara.
Sebaliknya Abdullah Zaik menegaskan, beliau tidak nampak apa-apa kebaikan dalam tuntutan kumpulan NGO itu.
“Tetapi untuk membawa seketul satu, secara menyeluruh fahaman itu untuk diterap di Malaysia, saya rasa, tidak boleh dilakukan oleh orang Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, jujur pada kenegaraan dan setia kepada bangsa dan masyarakat dia,” katanya.
Nafi ‘PERKASA Islam’
Diminta membuktikan dakwaan terdapat dalang-dalang dalam tuntutan itu, termasuk pengasas Malaysiakini Premesh Chandran, Abdullah Zaik hanya menegaskan mereka tidak mereka-rekanya atau menokok tambah senarai sedia ada.
“Mereka yang senaraikan, kita hanya ketengahkan sahaja. Kita bukan ada tokok tambah daripada mana-mana. Dan mereka berjuang (serta) beriman dengan agenda itu.
“Kalau, dia beriman dengan Comango, kemudian orang kata dia dalang, OK-lah. Tapi dia tak setuju pula, maknanya (mereka) rasa terhina atau terfitnah. Itu perkara yang pelik, bercanggah,” katanya.
Abdullah Zaik juga menepis gelaran sesetengah pihak bahawa NGO yang dipimpinnya itu sebagai “PERKASA Islam”, ekstrem dan mempunyai kaitan dengan mana mana parti politik
“Apa yang kita bawa penting dan benar, dan kita mampu menegak dengan hujah dan bukti, maka kita rasa, lambat laun, orang akan faham kerana ia dekat dengan sanubari.
“Terbuka hijab pemikiran dan seruan kita adalah seruan fitrah, dekat dengan (hati) mereka dan yang luar adalah saingan (kita),” katanya.

Tiada ulasan: