Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 23 Januari 2014

SENARAI HARGA BARANG KAWALAN TAHUN BARU CINA 2014

Post image for HARGA BARANG KAWALAN TAHUN BARU CINA 2014
SENARAI HARGA BARANGAN KAWALAN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2014 OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Pada sidang media 22 Januari 2014, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah senaraikan harga rasmi bagi barangan kawalan sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2014 yang bakal disambut pada 31 Januari nanti.

Dalam pada itu harga yang telah ditetapkan ini akan berkuatkuasa sepanjang 15 hari bermula dari 26 Januari sehingga 9 Februari 2014. Pengguna dinasihatkan meneliti senarai harga 13 barangan kawalan ini bagi mengelakkan ditipu oleh peniaga. Sebarang harga yang cuba diubah peniaga, laporarkan ditalian KPDNKK: 1800-886-800
Berikut adalah senarai harga bagi 13 barangan kawalan mengikut kilogram (kg) atau dalam kuantiti biji. Harga adalah untuk semenanjung Malaysia sahaja.
BarangHarga BorongHarga Runcit
Ayam HidupRM5.70RM6.20
yam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)RM6.80Rm7.5o
Ayam super( disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)RM7.50RM8.30
Telur ayam gred ARM0.34RM0.36
Telur ayam gred BRM0.33RM0.35
Telur ayam gred CRM0.32RM0.34
Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)RM2.30RM3.30
Bawang putih (China)RM4.00RM5.00
Ikan bawal putihRM34.00RM37.00
Udang putih besartRM33.00RM38.00
*Daging babi (perut)RM20.00RM22.00
*Daging babi (daging dan lemak)RM14.00RM16.00
*Babi hidup (harga maksimum diperingkat ladang sahaja) dan (Harga ikut pasaran semasa)
Kepada peniaga pula kementerian memberi amaran dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 bagi syarikat yang terlibat.



Sumber : SENARAI HARGA BARANG KAWALAN TAHUN BAHARU CINA 2014 DARI KEMENTERIAN 
Catat Ulasan