Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 15 Januari 2014

ISU PENUTUPAN PUSAT GIAT MARA DI SELANGOR

"Kita akan berusaha menggunakan apa saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita dan berharap dapat membuat permohonan atas tanah yang diduduki oleh pusat GiatMara ini,"
Datuk Seri Noh Omar 
Isu melibatkan kepentingan bumiputra di Selangor seharusnya mendapat sambutan yang hangat kerana ianya melibatkan Kepentingan Bumiputra dan penindasan serta perjuangan nak menghapuskan Hak Keistimewaan Bumiputra wajib kita pertahankan demi anak cucu kita nanti kerana ianya ianya adalah harta pusaka yang amat berharga untuk kita membantu Bangsa kita cemerlang dalam apa jua bidang yang melibatkan membantu golongan Bumiputra



Cuba sahabat sahabat @pm renungkan,cuba bayangkan bangsa mereka yang tidak mempunyai kelebihan keistemewaan yang kita ada masih mampu meninggalkan kita jauh dan kalau hak bumiputra kita dihapuskan apakah akan jadi dengan Melayu?mereka tiada keistemewaan pun dah meninggalkan kita jauh di belakang mereka dan kita masih buntu menyaingi mereka ?jadi pertahankanlah Hak yang kita ada.

Realiti hari ini Melayu seakan mudah diperbodoh bodohkan oleh golongan pembangkang sehinggakan isu seremeh ''Kangkung pun hendak dimainkan''walhal bagi @pm mereka ini sebodoh bodoh orang kerana banyak isu yang melibatkan Agama harus diambil berat seperti Pembinaan gereja di kawasan Melayu yang hanya 20 orang sahaja penganut Kristian dibina di Tg Karang


Mempertahankan Kalimah Allah juga tidak sehebat isu Kangkung..pelik kan sahabat isu besar ni dapat di tutup dengan lawak kangkong oleh pentaksub Pas malah mendapat sambutan dari media yang gila kan cerita merapu,dan terbaru isu Hak Keistemewaan Bumiputra pula seakan akan dapat di tutup oleh cerita kangkong,jadi admin @pm nak tegaskan pada mereka yang bermain dengan realiti ni bahawasanya kalian semua kurang Akal dan harus masuk sekolah orang orang tua yang buta huruf seperti dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu heehee..mari ikut Admin kita kupas isu Pusat Giat Mara di selayang:-


Isu panas ini terus mendapat perhatian umum tambahan ianya dilakukan oleh PR yang baru memasuki penggal kedua pemerintahan.

Di awal pemerintahan mereka lagi isu sebegini telah mengundang rasa kurang senang masyarakat seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pernah mencadangkan supaya kuota 10% di UiTM  diberikan kepada bukan bumiputra. Ini termasuk tindakan kerajaan PR yang dilihat cuba menghalang pembinaan UiTM di Serendah, Hulu Selangor walaupun kerajaan Pusat telah bersetuju. Lain-lain tindakan yang membabitkan kepentingan bumiputra pernah dilakukan oleh PR di Selangor ialah pelantikan Low Siew Mooi sebagai Pengurus Besar PKNS, cadangan pemberian zakat kepada bukan Islam, cadangan penggunaan wang zakat untuk pembangunan negeri, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam serta pemansuhan dasar pemberian diskaun Bumiputra dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah.

PENUTUPAN PUSAT GIAT MARA

Terbaru timbul pula isu berkaitan tindakan Kerajaan Negeri yang mengeluarkan notis supaya Pusat Giat Mara di Selayang, Gombak berpindah atas alasan ianya beroperasi tanpa kebenaran di atas tanah milik Kerajaan Negeri. Walaupun pusat ini telah sedia lama wujud namun ianya tidak dapat menghalang Kerajaan Negeri melalui Ean Yong Hian Wah bertindak sedemikian melalui notis bertarikh 2 Dis 2013. Notis tersebut juga memberi tempoh selama 12 bulan kepada Pusat Giat Mara untuk berpindah dan tindakan akan diambil jika gagal berbuat demikian.

Susulan daripada isu ini, UMNO melalui Dato' Sohaimi Shahadan bersama media TV3 telah membuat lawatan ke pusat tersebut pada 14 Jan 2014. Dato' Sohaimi Shahadan dalam lawatan itu memberitahu bahawa Pemuda UMNO Bahagian Selayang bersama NGO dan penduduk setempat akan membentuk jawatankuasa bertindak bagi mempertahankan Pusat Giat Mara tersebut daripada sebarang tindakan oleh Kerajaan Negeri. Beliau juga membuat pendedahan mengenai rancangan Kerajaan Negeri dalam mengambilalih tanah tersebut yang akan diserahkan kepada sebuah syarikat industri penerbangan. Bantahan sama turut disuarakan oleh DS Noh Omar semasa menghadiri Perarakan Maulidur Rasul pada 14 Jan 2014 di Tg. Karang yang menegaskan bahawa UMNO akan terus mempertahankan pusat tersebut.

Dalam isu ini, nasib sama telah turut dialami oleh Pusat Giat Mara di Sabak Bernam yang diarah tutup kerana didakwa dijalankan atas tanah milik PKNS dan tidak cukup dengan itu turut menuntut Giat Mara melunaskan tunggakan sewa sebanyak lebih kurang RM 100,000. Difahamkan, Pusat Giat Mara yang terletak di Kapar juga hanya menunggu masa untuk diambil tindakan sama.

Tindakan-tindakan negatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam soal yang melibatkan kepentingan bumiputra telah bermula di awal pemerintahan mereka lagi. Walau apa jua alasan yang diberikan, ianya sukar diterima oleh pihak yang terlibat memandangkan keputusan dibuat tanpa perbincangan mahupun pelan alternatif. Ditaksirkan isu ini akan terus dieksploitasi oleh UMNO mahupun NGO Melayu bagi menunjukkan bawah Kerajaan Negeri lebih mengutamakan keuntungan berbanding nasib rakyat. Kemarahan mereka juga akan bertambah apabila mengetahui isu didalangi oleh DAP yang secara terbuka sering mempertikaikan keistimewaan kaum Bumiputra.

SENARAI PUSAT GIAT MARA DI SELANGOR:

NEGERI
Pejabat Giat Mara Negeri, Lot 24A, Tingkat 1, Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40675 Shah Alam
03-5510 2775, 03-5510 2906 (F)

AMPANG JAYA
No. 2, Jalan AU5C/14, TamanLembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur
03-41074452, 03-41070960 (F)

BANGI
Jalan P/9A, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Kajang
03-89251978, 03-89251977 (F)

GOMBAK
No. 3-G & 3A-G, Pusat Komersial Amaniah,
Jalan Amaniah Mulia 1, Taman Amaniah Mulia, 68100 Batu Caves, Gombak
03-61857972, 03-61857260 (F)

HULU LANGAT
Lot 65, 66, 67 Prima Saujana, 43000 Kajang
03-87395602, 03-87395601 (F)

HULU SELANGOR
Lot 3, Bekas Sek. Keb. Kalumpang, 44100 Kalumpang, Hulu Selangor
03-60491899, 0360492494 (F)

KAPAR
Lot 1613, Jalan Rantau Panjang, Mukim Kapar, 42100 Klang
03-32905945, 03-32914940 (F)

KELANA JAYA
No. 12, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 41780 Petaling Jaya
03-61416016, 03-61416016 (F)

KLANG
No. 50 & 52, Jalan Damar/KS9, Glenmarie Cove, 42000 Port Klang, Klang
03-31651740, 03-31650376 (F)

KOTA RAJA
No. 41, Jalan Kota Raja L27/L, Hicom Town Centre, Seksyen 27, 40400 Shah Alam
03-51034223, 03-51034225 (F)

KUALA LANGAT
Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting
03-31879490, 03-31877790 (F)

KUALA SELANGOR
No. 9 & 9A, Jalan Muara, Taman Muara Esbee, 45800 Jeram, Kuala Selangor
03-32640520, 03-32640520 (F)

PANDAN
Lot 2 & 3, (Tkt Bawah), Jalan Perubatan 4, Pandan Indah, Kuala Lumpur
03-42950061, 03-42950048 (F)

PETALING JAYA (Selatan)
No. 8247 Jalan 225, 46100 Petaling Jaya
03-79579721, 03-79574623 (F)

PETALING JAYA (Utara)
No. 7, Jalan SS7/26, Taman Sri Kelana, 47300 Petaling Jaya

PUCHONG
Batu 13, Jalan Kelang ,47100 Puchong
03-80613470, 03-80608854 (F)

SABAK BERNAM
No. 1 & 3, Jalan PPSL 2, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar
03-32245107, 03-33225108 (F)

SELAYANG
Lot 17158, Jalan 5, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Gombak
03-61363524, 03-61364525 (F)

SEPANG
Pekan Salak, 43900 Sepang
03-87061357, 03-87061357 (F)

SERDANG
No. 36, Jalan PSK 4, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan
03-89419384, 03-89419858 (F)

SHAH ALAM
No. C-12-2, Tingkat 2, Jalan Serai Wangi, H16/H, Alam Avenue, Persiaran Selangor
40200 Shah Alam
03-55196829, 03-55123929 (F)

SUBANG
Lot 3107, Jalan Tempayan Emas 1, Kg. Paya Jaras Dalam, 47000 Sungai Buloh
03-61518499 (Am/Faks)

SG. BESAR
Jalan Balai Polis Sekinchan, 45400 Sekinchan
03-32418470, 09-32418471(F)

TG. KARANG
Kampung Sungai Terap, Batu 3, Jalan Bernam 45000 Kuala Selangor
03-32895684 (Am/Faks)

Tiada ulasan: