Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 15 Januari 2014

UMNO SELANGOR AKAN MEMPERTAHANKAN KAWASAN TANAH YANG DIDUDUKI PUSAT GIAT MARA SELAYANG


Sidang Media Khas Umno Selangor

Badan Perhubungan Umno Selangor akan mempertahankan kawasan tanah yang diduduki Pusat GiatMara Selayang walaupun telah diarah berpindah oleh kerajaan negeri Selangor bermula hujung tahun lepas.

Pengerusi badan perhubungan itu, Datuk Seri Noh Omar berkata, pusat latihan kemahiran itu sebenarnya telah menduduki tanah kerajaan negeri selama 20 tahun dan institusi itu penting untuk golongan remaja yang tercicir dalam akademik.

"Kita akan berusaha menggunakan apa saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita dan berharap dapat membuat permohonan atas tanah yang diduduki oleh pusat GiatMara ini," katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Tanjong Karang semalam

Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dikatakan telah menghantar surat kepada pengurus Pusat GiatMara Selayang pada 2 Dis tahun lepas yang menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan memberikan tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 kepada pusat itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan.

Ia ekoran tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lepas tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Noh yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, arahan terbaru itu adalah kes kedua pihak kerajaan negeri ingin memusnahkan impian pelajar GiatMara selepas pusat GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam diarahkan tutup pada pertengahan tahun 2012.

Semalam Sambutan Maulidur Rasul berlangsung dengan jayanya dan di kesempatan ini Admin @pm nak mengucapkan tahniah pada pihak penganjur serta para peserta,yang dianggarkan berjumlah 3500 orang peserta..Syukur Alhamdulilah..
Catat Ulasan