Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 27 Disember 2013

Kadar Simpanan Asas baharu KWSP berkuatkuasa Januari ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun berkuatkuasa bulan depan.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun daripada umur 55 hingga 75 tahun.
Nik Affendi berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada
keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.
"Dengan mengambil kira faktor kos hidup semakin meningkat, jangka hayat
rakyat Malaysia yang panjang dan kadar inflasi.
"KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Nik Affendi berkata, Simpanan Asas semasa adalah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.BERNAMA

Tiada ulasan: