Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 23 Disember 2013

Usahawan Digesa Rebut Kemudahan Dana Lebih RM1.8 Bilion

Golongan usahawan tempatan digesa merebut beberapa inisiatif yang menawarkan dana berjumlah RM1.82 bilion yang disediakan khusus untuk mereka tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kemudahan itu menyasarkan untuk menambah bilangan usahawan daripada semua kaum, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berteraskan keusahawanan.

Antara dana yang disediakan ialah tambahan RM700 juta bagi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), RM300 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan RM300 juta lagi dalam Ekuibumi iaitu untuk pembelian ekuiti oleh syarikat bumiputera.

Lain-lain ialah Tabung Usahawan Siswazah (RM50 juta), insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM150 juta) serta Skim Usahawan Pasar Malam (RM100 juta).

“Tidak pernah sebanyak ini dana dikeluarkan untuk membantu golongan usahawan,” katanya selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Inovatif.
Beliau memberi contoh pengusaha pasar malam yang boleh meminjam sehingga RM30,000 dengan kadar faedah dua peratus.

Tiada ulasan: