Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 Mac 2013

‘Digoda’ oleh pelacur jalanan secara terang-terangan BERHATI2LAH !!!.


KUALA LUMPUR – Berhati-hati sekiranya anda mahu berurusan di sekitar di Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini kerana anda mungkin ‘digoda’ oleh pelacur jalanan secara terang-terangan.
Difahamkan, orang ramai yang pergi ke bank-bank atau mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) di kawasan itu sering diganggu oleh pelacur.
Premis perniagaan berkenaan menempatkan beberapa buah bank, beberapa buah bengkel motosikal dan restoran mamak.
Tinjauan di kawasan yang sama mendapati, pelacur warga China yang berpakaian seksi dilihat berdiri di tepi kaki lima berhampiran bank sambil menunggu mangsa yang kebanyakannya datang ke premis tersebut untuk mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM.
Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai yang datang ke premis berkenaan.
Selain itu, kelibat beberapa lelaki yang dipercayai bapa ayam juga dilihat di kawasan berhampiran premis berkenaan dan mereka memerhati pelacur di bawah jagaannya ‘memikat’ mangsa.
Lebih menjengkelkan, pusat pelacuran tersebut hanya terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Jamek Alam Shah.

Tiada ulasan: