Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 23 Disember 2013

Rafizi Porno Pondan Kantoi Lagi Dengan Menuduh Kerajaan Gadai Aset Negara Selepas Isu Tol Kesas.

Pendedahan Rafizi hari ini kononnya kerajaan Malaysia menggadaikan harta negara untuk kurangkan defisit sebenarnya bertujuan untuk meneruskan momentum kemarahan rakyat dalam isu2 kompleks yang bersifat teknikal dan sukar untuk rakyat marhain faham . Rafizi cuba menimbulkan kekeliruan apabila mengambil rujukan laporan World Bank - Malaysia Economic Monitor . Dari petikan artikel Malaysiakini ;

"Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan."

Dalam erti kata mudah , kerajaan terdesak untuk kurangkan defisit kepada 4% dengan menjual aset-aset negara . Persoalan yang timbul dalam fikiran kebanyakan orang apakah aset-aset negara berkenaan ? Adakah ia terdiri dari aset-aset bangunan , tanah, jentera dan lain2 ? Laporan berkenaan tidak menyatakan jenis-jenis aset yang 'digadai' oleh kerajaan , dan pada siapa aset itu digadai? . Jadi ini adalah peluang terbaik bagi Rafizi untuk 'spin' dan menimbulkan persepsi buruk pada kerajaan.

Penulis membuat beberapa carian di laman web untuk memahami perkara ini dan menemui satu artikel yang agak menarik dari portal The Malaysian Insider mengenai perihal Khazanah yang memperoleh RM13.6 billion dari aset yang dijual . Artikel yang bertajuk "Government says Khazanah gained RM13.6b from asset divestment" ditulis pada 13 March 2012 .

Antara petikan artikel ialah ;

"Putrajaya today defended the ongoing divestment of non-core assets by state-owned investment arms, stating that Khazanah Nasional has made profits of RM13.6 billion from the exercise over the past seven years.

The finance ministry told Parliament that from May 2004 to the end of last year, Khazanah sold RM31.7 billion worth of ‘non-core’ assets, making gains of about 43 per cent."

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had announced on February 9 that Khazanah and PNB will transfer 10 non-core businesses to Bumiputera companies that have good potential to grow after an open evaluation process."

Melalui petikan artikel di atas , pihak kerajaan menjelaskan penjualan melibatkan 'non-core assets' , dari laman web Investopedia 'non-core assets' termasuk hartanah, komoditi, sumber semula jadi, mata wang dan bon pulangan tinggi , mantan Timb. Menteri Kewangan, Donald Lim dalam artikel berkenaan menyatakan kerajaan hanya menjualkan pegangan dalam 'non-core assets' apabila nilai aset2 berkenaan meningkat. Dari artikel berkenaan juga dinyatakan PNB dan Khazanah menjual pegangan pada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

Penulis bukan lah pandai sangat bab-bab ekonomi ni, tetapi apa yang boleh diandaikan penemuan dari laporan yang didedahkan oleh Rafizi mengenai kerajaan 'lelong' aset sebenarnya bukanlah satu pendedahan yang besar , cuma ia di olah semacam kerajaan terdesak untuk mendapatkan sumber kewangan sedangkan penjualan aset kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera yang berpotensi telah dibuat sejak tahun 2004 lagi. Jadi pada penulis ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan kerana pada masa yang sama juga kerajaan melalui Khazanah dan PNB turut membeli aset2 yang lain.

Tiada ulasan: