Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

BN masih memerintah jika PRU diadakan enam bulan selepas PRU13

BN_rayu_undi_540_334_100Mengikut kajian terkini UMCEDEL, Barisan Nasional masih mampu jadi kerajaan memerintah jika PRU14 dijalankan enam bulan selepas PRU13. Gambar fail.
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) masih lagi akan menjadi kerajaan pemerintah sekiranya pilihan raya umum dijalankan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata kaji selidik yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata 32% daripada 1,676 responden yang ditemui dalam tinjauan berkenaan menyokong BN sebagai pemerintah, manakala hanya 29% yang menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun, katanya, hasil kaji selidik berkenaan turut mendapati sejumlah 32% responden enggan mendedahkan sokongan mereka kepada mana-mana parti politik.
Kajian berkenaa dijalankan di Semenanjung Malaysia bermula 6 hingga 8 Disember lalu.

Tiada ulasan: