Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

Kedah hapus bayaran lesen penjaja tetapi Selangor pula naikkan berlipat kali ganda

penjaja
Yang lebih memeritkan di Selangor penjaja pecal pun di ganggu PBT tempatan ikuti cerita selanjutnya di bawah
Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dicadangkan mengikut jejak langkah kerajaan Kedah menghapuskan bayaran lesen penjaja yang majoritinya dimiliki golongan bumiputera yang kita lihat hanya kenaikan berpuluh kali ganda sahaja dalam PR khususnya di Selangor.

Kenaikan yang dibuat dapat dilihat dengan nyata di media media sosial akan tetapi sahabat pm lihatlah sendiri riaksi penyokong pakatan yg bagaikannak gila sibuk menjaga tepi kain BN merungut tentang kenaikan barang akan tetapi merelakan pimpinan pakatan menaikkan barang sesuka hati,ini jelas retorik didalam asas perjuangan pakatan pembangkang

Bukan setakat itu sahaja penginayaan yg dilakukan Rejim pakatan pada peniaga peniaga kecil sebenarnya lebih dari itu apabila baru baru ini pm ada terbaca satu cerita yg di naikkan di FB Noh Omar yang menerima aduan dari penjaja melayu yg berniaga pecal dan kuih muih di Tg Karang yg diganggu oleh MDKS supaya jangan menggunakan khemah bersaiz 30x30 dan hanya di benarkan menggunakan 10 x 10 sahaja walhal peniaga sayur pula dibiarkan menggunakan saiz 30 x 30,persoalannya kenapa peniaga melayu diganggu dan peniaga sayur tu dibiarkan?

Atas kprihatinan DS Noh beliau telah berjanji pada peniaga berkenaan akan menghantar surat kepada PBT terbabit untuk memohon kebenaran agar khemah bersaiz 30 x 30 itu dibenarkan digunakan,dan pada hari yg sama Noh turut menyarankan peniaga pecal dan kuih muih tu menggunakan khemah sedia ada kerana ianya bersesuaian dengan jumlah barangan yg nak diniaga kan tu dari terkena panas mahupun hujan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, langkah itu

bagi mengurangkan beban penjaja dan menggalakkan lebih ramai golongan bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Hasil kaji selidik yang dilakukan Ikhlas mendapati kira-kira 80 peratus lesen penjaja dimiliki golongan bumiputera. Kita syorkan negeri di bawah BN lain turut menghapuskannya seperti dilakukan kerajaan Kedah,” katanya kepada pemberita pada Pesta Makanan Penjaja 2013 di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir ketika membentangkan Bajet 2014 Kedah pada 18 November lalu mengumumkan bayaran lesen untuk penjaja dihapuskan berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Beliau turut mengumumkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk skim pinjaman mudah usaha penjaja

wan kecil terutama golongan berpendapatan rendah bagi membantu anak muda bertatih dalam perniagaan.

Mohd. Ridzuan berkata, tindakan kerajaan BN Kedah menghapuskan lesen penjaja membuktikan mereka menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 berhubung perkara berkenaan.

Katanya, kerajaan seumpama itulah yang diperlukan rakyat dan meminta peniaga kecil terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN walaupun mereka mungkin menghadapi masalah dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, Ikhlas mendapati semasa di bawah pentadbiran pembangkang, banyak peniaga kecil berada dalam keadaan tertekan untuk meneruskan perniagaan kerana kebajikan mereka diabaikan termasuk tiada penyelenggaraan di lot atau premis kedai namun situasi itu berubah di bawah BN.

“Kami mendapati kerajaan BN sudah mula membaiki gerai yang rosak dan berharap kebajikan peniaga kecil terus terbela,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan menyeru pemimpin politik dan kerajaan supaya tidak lagi melayan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana persatuan yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan mendakwa kononnya mereka menjaga kebajikan ahli tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Katanya, terdapat sesetengah pihak yang mewujudkan persatuan kerana hanya ingin mendapatkan dana daripada kerajaan sedangkan kebajikan ahli mereka terabai.

“Kita ada bukti terdapat persatuan yang menerima dana sehingga RM3 atau RM4 juta dan pengerusi, setiausaha serta bendaharinya pergi makan angin di London,” katanya. 

Tiada ulasan: