Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 19 November 2013

VIDEO TERKINI: Penjelasan polis dalam kes remaja hilang di banglo Villa Nabila

JOHOR BAHRU: Polis menafikan khabar angin sejak pagi ini kononnya terdapat sekurang-kurangnya 23 remaja dilaporkan hilang di banglo terbiar, Villa Nabila di sini.
[EKSKLUSIF] REMAJA YANG HILANG TELAH DITEMUI TETAPI BUKAN DI VILLA NABILA ! [SEBARKAN]

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika ini Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. 

Nantikan sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan polis daripada sebuah keluarga yang memaklumkan mengenai kehilangan anak mereka.

Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu.

Berikut video kenyataan polis berhubung kejadian tersebut.


Penjelasan polis mengenai kehilangan remaja di banglo terbiar, Villa Nabilla, JB.

Tiada ulasan: