Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

Datuk Seri Shahidan Kassim :Rakyat wajar berterima kasih pada Isteri PM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar minggu lepas, dengan menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan.Malah, Shahidan yang menerangkan lawatan Rosmah adalah kerana jemputan rasmi oleh kerajaan Qatar, berkata rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Rosmah atas lawatan tersebut.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita kena berbangga dan berterima kasih atas usaha dan penat lelah yang ditanggung oleh isteri Perdana Menteri.
“Kita kena ingat lawatan ke luar negara ini bukanlah untuk berseronok. Ini sesuatu yang dibuat atas tanggungjawab dan kita buat secara telus.
“Lawatan ini dibuat setelah dipohon kepada Kabinet. Kabinet pun telah meluluskan lawatan ini,” katanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah atas lawatan tersebut.
“Bagi pihak majoriti ahli parlimen dan rakyat Malaysia, kita ucap terima kasih kepada isteri Perdana Menteri kerana hasil lawatan tersebut cukup positif kepada negara,” kata Shahidan.
Pada 10 November, Rosmah menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di negara itu.
Sebelum ini laporan media mengatakan lawatan itu dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif.
Semalam, lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Parlimen selepas Ahli Parlimen pembangkang, membangkitkan perkara itu.
Ahli Parlimen pembangkang bertanya adakah Rosmah layak menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan dan adakah beliau layak mewakili kepentingan negara di peringkat antarabangsa kerana beliau bukan wakil rakyat hanya isteri Perdana Menteri.
Sebagai balasan, Shahidan menegaskan bahawa Kabinet memutuskan Rosmah boleh menggunakan jet itu kerana beliau mewakili negara atas urusan rasmi

Tiada ulasan: