Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 18 November 2013

ASTAGFIRULLAHALAZIM FAHAMAN LIBERAL SEMAKIN KURANG AJAR BERANI MEMPERSENDA KALIMAH ''ALLAHU AKBAR'' KEPADA ''ANJINGHU AKBAR''

KUALA LUMPUR – Fahaman liberal di rantau ini semakin berleluasa serta membimbangkan, sehingga ada pihak di Indonesia yang berani menukarkan kalimah `Allahu Akhbar’ dengan `Anjinghu Akhbar’.
Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar yang mendedahkan perkara itu memberitahu, dalam satu sesi suaikenal pelajar baharu di sebuah institusi pengajian tinggi di Bandung pada tahun 2004, seorang pemimpin pelajar telah melaungkan `Anjinghu Akhbar’.

“Malah para pelajar di pusat pengajian tinggi itu juga mengisytiharkan bahawa kampus mereka bebas daripada agama,” katanya ketika memberi ceramah kepada kira-kira 100 pelajar Universiti Malaya di Auditorium Perdanasiswa berhubung usaha MuslimUPRo dalam menangkis salah faham tentang Islam di dalam negeri dan antarabangsa.

Fahaman liberal, kata beliau, telah lama mengancam penganut agama Islam di negara ini dan usaha perlu dilakukan bagi mengekangnya dengan memberi kefahaman kepada orang ramai.

Karim berkata, lebih membimbangkan lagi fahaman liberal itu turut membawa pelbagai fahaman songsang lain termasuk menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Kita risau mengenai LGBT, Hawaii menjadi wilayah terkini mengiktiraf perkahwinan sejenis dan perkahwinan lesbian pertama telah berlaku di Indonesia pada tahun 1982,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Switzerland, Azril Mohd. Amin dalam pembentangannya berkata, MuslimUPRo menentang usaha yang dibawa oleh Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana pihak terbabit membawa fahaman tersebut dengan menggunakan alasan hak asasi manusia.

“Kita bukan Taliban untuk membangkang semberono terhadap tuntutan Comango sebagaimana dituduh oleh pihak tertentu. Kita dibarisi oleh golongan profesional termasuk peguam dan tindakan yang diambil adalah mengikut Perlembagaan.

“Kita membuat penyelidikan untuk menentang tuntutan mereka dan selari dengan Perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam dan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang memelihara kedudukan agama dan akidah umat Islam,” katanya.

Niat tidak baik Comango, kata Azril telah mencemarkan nama baik Malaysia dan berharap kerajaan akan menolak tuntutan Comango.

Sementara itu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang turut membuat pembentangan memberitahu pada peringkat awal MuslimUPRo akan menumpukan kepada penerangan kepada masyarakat di negara ini.

Menurut beliau, pada masa ini ramai yang masih keliru tentang Comango dan penjelasan akan dibuat melalui persidangan di peringkat negeri dan kebangsaan.

MuslimUPRo, katanya, juga akan menumpukan penerangan kepada golongan mahasiswa yang paling terdedah kepada fahaman songsang tersebut dan pada masa sama akan melatih lebih ramai pemimpin dalam kalangan mereka.

“Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung usaha yang dibuat oleh MuslimUPRo,” katanya.

Baru-baru ini, Comango bertindak membuat tuntutan berhubung kebebasan orientasi seks, LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan kesamarataan beragama semasa proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland.

Selain itu, Comango turut mempersoal kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Sebagai tanda protes terhadap tuntutan berkenaan, MuslimUPro dibentuk untuk memantau tuntutan pertubuhan itu di Geneva.

Tiada ulasan: