Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 13 November 2013

"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud.

KOTA BAHARU - Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud.
"Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini.
Pada tahun 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Islam itu.

Tiada ulasan: