Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 14 November 2013

WAJAH SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI PENGUATKUASA JAIP DI KEHENDAKI

KUANTAN – Polis semalam mengedar gambar lakaran lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati Ketua Pegawai Penguat Kuasa, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik di depan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, lelaki yang dicari itu dipercayai berusia 50-an dan dikatakan merupakan individu yang memberi salam di hadapan rumah mangsa sebelum mangsa kemudian ditembak mati dari jarak dekat.
“Gambar lakaran lelaki itu 70 peratus tepat. Lelaki itu memakai baju putih serta berkopiah semasa datang ke rumah Ahmad Raffli.
GAMBAR lakaran lelaki yang dicari polis.


“Dia kemudian memberi salam sebelum seorang rakannya yang berpakaian hitam menembak Ahmad Raffli dari tempat duduk belakang di dalam kereta,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 1.55 petang 10 November lalu, Ahmad Raffli maut terkena dua das tembakan masing-masing satu di dada manakala satu das di kerongkong. Satu das lagi tembakan yang dilepaskan tersasar.
Lelaki yang memberi salam dan melepaskan tembakan menaiki kereta Proton Wira warna putih yang dipandu seorang lelaki lain.
Gambaran lakaran lelaki itu dibuat berdasarkan keterangan saksi-saksi.
Sehubungan itu, Sharifuddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menyalurkan maklumat ke balai-balai polis berdekatan.
Bagi mengesan suspek kes bunuh Ahmad Raffli, 49, polis turut melakukan sekatan jalan di hampir semua pintu keluar dari negeri ini.sumber kosmo

Tiada ulasan: