Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 Ogos 2013

MALAYSIA KINI CUBA MEMFITNAH POLIS

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Polis menafikan dakwaan seorang pegawainya menceroboh rumah keluarga seorang suspek yang dikaitkan dengan ugutan ke atas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di Sungai Buloh baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, pegawai polis itu memang telah datang ke rumah ibu mentua suspek pada Sabtu lalu namun dia tidak menceroboh kediaman itu seperti yang didakwa portal pembangkang, Malaysiakini hari ini.

“Pegawai polis berkenaan pergi menaiki kereta peronda polis dan turut diiringi ketua blok kawasan penempatan berpagar itu. Dia diarahkan ke situ hanya untuk memberitahu suspek supaya hadir di balai polis sahaja.

“Bagaimanapun kedatangannya tidak mendapat perhatian ahli keluarga suspek apabila pintu pagar tidak dibuka. Mereka sekadar meminta pegawai itu membuktikan dirinya polis.

“Atas sebab itu pegawai terbabit masuk melalui dawai pagar yang sudah rosak dan berlubang untuk menunjukkan kad kuasanya tetapi mereka masih enggan berkomunikasi dengannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh hari ini.

Protal pembangkang Malaysiakini hari ini mendakwa, seorang pegawai polis menceroboh rumah milik ibu mentua suspek yang didakwa mengugut guru besar SK Seri Pristana.

Dalam perkembangan sama, Junaidi berkata, suspek berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah terhadap Mohamad Nasir Mohd. Noor, 57.

“Dia dibebaskan dengan jaminan polis hingga 6 September ini selepas kawad cam dilakukan dua guru sekolah berkenaan,” katanya.

Mohamad Nasir menjadi sasaran selepas isu gambar kononnya murid bukan Islam diarahkan pihak pengurusan sekolah makan dalam tandas sepanjang Ramadan lalu. – UTUSAN ONLINE
Catat Ulasan