Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 17 Julai 2013

Ashraf nikah kali kedua di Thailand, kebenaran poligami ditarik balik

Rupanya memang benar lah dakwaan yang Ashraf Muslim Nak berkahwin lagi walaupun sebelum ini beliau menafikan sekeras kerasnya dan mendakwa berita tentang beliau nak berkahwin ini fitnah semata mata,bagi admin kalau benda yang baik macam ini apa salahnya mengaku jerkan elok. 
Akhirnya terbongkar juga pagi ini rupa rupanya sebenarnya Ashraf telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
isteri kedua ashraf muslim wan sakinah
Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
ashraf muslim kahwin lagi
Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati mudah mudahan Amin......

Tiada ulasan: