Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 20 Oktober 2013

#TESTEDTEAM4UMNO.Ucapan Tahniah Buat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Kerana mempertahankan Jawatannya dan berjaya Menepis Persepsi Negetif sebilangan Orang UMNO sendiri.

#TESTEDTEAM4UMNO.Walau pun agak perit kelihatan  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menang bertanding dalam mempertahankan jawatannya semalam namun penulis sememangnya yakin beliau mmpu menang semalam seperti yang pendirian admin tekankan sebelum ini Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merepukan Pejuang yang masih relevent untuk diangkat sebagai Pemimpin 

Adat dalam bertanding ada kalah ada menang bukan Mukhriz tidak bagus cuma orang orang lama dalam Umno tidak mungkin akan lupa jasa dan pengorbanannya yang berjuang selama ini dn persepsi bahawasanya Beliau lembik ternyata bukan semua perwakilan beranggapan begitu dan buktinya ialah beliau menng semalam dalam pertandingan yang sangat sengit

Seperti yang Admin selalu tekankan sebelum Pemilihan sebelum ini Tau kah anda siapa yang berusaha membawa kes Kalimah ALLAH semula ke mahkamah dan membuat rayuan setelah mahkamah membenarkan kalimah ALLAH di gunakan oleh agama lain? dan akhirnya kita menang!

Tahu kah anda siapa yang memperkasakan RELA dengan menjadikan RELA sebagai satu jabatan di KDN?

Tau kah Anda siapa yang bersungguh2 maukan akar umbi menjadi pemilih untuk pemilihan di peringkat MKT?

Tau kah anda siapa yang terpaksa menyusun semula Pemuda UMNO semasa Anwar dan geng2 nya meninggalkan UMNO?

Tahu kah anda siapa yang mengambil pendekatan berkampong bersama Polis di semporna ketika diserang setelah mendapat tau kumpulan sultan sulu bercadang membakar bandar semporna!beliau telah berkampung bersama keluarganya selama tig minggu disana dan sanggup bersama sama polis mempertahankan kedaulatan sabah

Jawapannya orang itu adalah Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein!

Jangan lah kita menghukum dengan pesepsi tanpa kita mengetahui fakta! Jasa beliau jangan dilupa! wajar dia di sokong untuk mengisi satu tempat diantara 3 jawatan Naib Presiden UMNO

Walaupun dikaitkan dengan persepsi kurang menyenangkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ternyata berjaya menongkah arus untuk terus mengekalkan kerusi naib presiden Umno.

Pelbagai prasangka buruk yang menyentuh aspek kepimpinannya yang dikatakan kurang tegas dilemparkan akhir-akhir ini, namun perwakilan dilihat tidak termakan dengan perkara itu semasa pemilihan parti semalam.

Beliau mendapat 100 undi untuk terus bergandingan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 185 undi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (174 undi) untuk penggal 2013-2016.

Penglibatan anggota Parlimen Sembrong tiga penggal berturut-turut itu dalam politik bermula apabila beliau menyertai Umno cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989 sebaik tamat pengajian.

Beliau bermula dari peringkat bawah dengan pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Ledang pada 1993, Ketua Pemuda Bahagian Tenggara (1995) dan anggota jawatankuasa Pemuda pusat bagi penggal 1993-1996.

Kemudian beliau dipilih Ketua Pemuda Umno Johor untuk penggal 1995/1996 dan Naib Ketua Pemuda Umno Pusat bagi penggal 1996-1998, sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda Umno pusat pada 1998.

Pada pemilihan parti 2004, Hishammuddin menang jawatan Ketua Pemuda Umno pusat tanpa bertanding sebelum menang kerusi naib presiden Umno pada pemilihan 2009.

Kariernya di dalam pentadbiran kerajaan pusat bermula pada 1995 apabila dilantik Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau juga menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1997, Menteri Belia dan Sukan (1999), Menteri Pelajaran (2004-2009) dan seterusnya Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009 sebelum dilantik Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun ini.

Hishammuddin yang lahir pada 5 Ogos 1961 di Kuala Lumpur, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada 1986 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Arianna dan Fahd Hussein.

Anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno, Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St John's Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Cheltenhem Boys College di United Kingdom.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University of Wales, United Kingdom sebelum meneruskan ke peringkat ijazah Sarjana Undang-Undang di London School of Economics, United Kingdom.

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan karier pertamanya sebagai peguam

Bayangkan sampai macam ini sekali fitnah yang Hasyamudin tanggung oleh orang yang dulu kuat menyokong Umno tapi beginikah cara kita nak menyokong seseorang pemimpin dengan memburuk burukkan pemimpin lain?jom tengok apa tuduhan mereka mereka ini dan siapa yang buat pos menuduh orang yang menyokong hisyamudin sebagai pengampu walhal tidak sesen pun kita dapat malah hanya atas dasar kebenaran belaka. biarlah jadi rahsia nama orang yang membuat status fitnah ini
MINTA MAAF MINTA AMPUN...SAYA CUKUP HAIRAN DENGAN PENGAMPU HISHAMUDDIN...SAYA JUGA TAK FAHAM KENAPA PENGAMPU TERSEBUT TIDAK MEMIKIRKAN MASA DEPAN ORANG MELAYU/UMNO.... BERBALOI KE NAK MUSNAHKAN PEMIMPIN SEPERTI MUKHRIZ, ALI RUSTAM DAN ZAHID HAMIDI KERANA NAK KEKALKAN HISHAMUDDIN YANG HAMPIR TIDAK ADA REKOD CEMERLANG SELAMA DIA PEGANG JAWATAN SEBAGAI MENTERI (MUNGKIN KERANA MENDAPAT SEDIKIT HABUAN)?????...TIDAK KIRALAH SEBAGAI MENTERI APA, SEMUANYA KOSONG!!!!.......LEBIH2 LAGI SEMASA PEGANG MENTERI PELAJARAN DAN KDN...
Sepanjang tempoh itu telalu ramai yang menyalahkannya hingga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya.

Buruk sangatkan beliau hinggakan langsung tiada kebaikan yang beliau buat selama ini?

"Menteri Amaran" adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kononnya kerana beliau langsung tidak mampu untuk mengambil tindakan sebaliknya hanya memberi amaran demi amaran.

Sepatutnya kita harus berbangga dengan Menteri yang tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk menunjuk kekuasaan tanpa berfikir panjang hingga menyebabkan rakyat merana.

Selain itu, harus juga kita fikirkan kesediaan jabatan-jabatan yang terbabit di bawah KDN melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara sekarang ini.

Janganlah kita terlalu mengikut emosi sebaliknya marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjadikan negara ini menjadi lebih baik dari apa yang ada hari ni.

Beliau telah laluinya dan hingga hari ini kita masih boleh bebas bergelak ketawa di kedai mamak, bershoping di supermarket dan berbuat apa saja yang kita mahu kerana negara ini aman.
Catat Ulasan