Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 20 Oktober 2013

TERKINI DR ASRI REDHO KALIMAH ALLAH DIGUNAKN DIDALAM MAJALAH THE HERALD MENGGANTIKAN PERKATAAN TUHAN JASUS KEPADA ALLAH JASUS ?

DR ASRI HARI INI SEKALI LAGI MEMPERBESARKAN ISU KALIMAH ALLAH TAPI SEDAR TAK BELIAU TUJUAN PERMINTAAN DAP ITU UNTUK APA?ADAKAH BELIAU YAKIN YANG DAP TIDAK AKAN MENYELEWENG DAN MENYEKUTUKAN KE ESAAN ALLAH S.W.T?????
SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka.

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam.

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’.

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka
menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu.

Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.

“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya.

Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH.

“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.

“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi.

"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan.

"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya.

Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit.

“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya.

Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing.

“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka?

“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya.

“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi.

"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya.SinarHarian

Sementara itu menurut Harun Taib yang mengulas mengenai keretakan Pakatan Rakyat pula menjelaskan wujud golongan seperti DR Maza dan yang lain lain cuba membesar besarkan Isu ini untuk menonjolkan diri dan kerektor masing masing demi perjuangan Politik mereka

Isu kalimah Allah bakal menjadi faktor penentu sama ada pakatan pembangkang akan terus sebagai satu kerjasama politik di antara Pas, Dap dan PKR atau sebaliknya penyebabkan kepada kemusnahannya.Ini kerana kini terdapat jurang perbezaan yang amat luas di antara ketiga-tiga parti berhubung isu ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak rayuan gereja katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan kristian, Herald telah membuka satu ruang perdebatan yang hebat di dalam pakatan pembangkang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Haron Taib menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu ini.Beliau berkata umat Islam tanpa mengira fahaman politik haruslah merapatkan saf ukhwah agar musuh tidak mudah untuk mengertak atau mempersendakan akidah serta syiar agama.

Pendapat beliau sudah tentu dilihat sebagai satu penyimpangan yang jauh tersasar daripada pendirian rasmi kumpulan pembangkang.PKR, Dap dan Pas dahulunya menyokong kalimah Allahn digunakan oleh penganut agama lain.
Namun kenyataan terbaru Haron jelas memperlihatkan sikap Pas yang berbeza terutamanya setelah selesai Pilihan Raya Umum ke 13.Pas sedar bahawa parti itu telah dijadikan tunggangan politik oleh Dap dan PKR sehingga kedua-dua parti menang besar dalam pilihan raya yang lalu.

Pas juga sedar pendiriannya yang menyokong agenda politik Dap dan PKR telah menyebabkan pengundi Melayu beralih kembali kepad UMNO dan Barisan Nasional.Ini menjadi faktor mengapa ramai pemimpin dan tokoh Pas membuat kenyataan terbuka agar pendekatan tahalus siyyasah atau kerjasama politik antara parti itu dan Dap serta PKR di kaji semula.

Pada pendapat Pas jika ia masih terus dalam pakatan pembangkang dua perkara akan berlaku.Satu sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu akan terus terhakis.Kedua imej Pas sebagai keldai tunggangan Dap dan juga PKR akan terus menjadi liabiliti politik yang sukar di atasi menjelang PRU14 nanti.

Malah sudah terdapat suara-suara daripada pelbagai lapisan dalam parti itu supaya Pas keluar daripada gabungan pembangkang kerana matlamat perjuangan sudah berlainan.

Dap menjadi bertambah bongkak dan sombong dengan sikap rasis kecinaannya setelah berjaya meraih majoriti undi kaum itu pada pilihan raya lalu.PKR pula masih dalam dilema sama ada mahu terus menjadi parti berbilang kaum atau bersuara sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu di negara ini.

Keadaan ini meletakkan Pas dalam keadaan serba salah kerana setelah mengorbankan prinsip perjuangan untuk menegakkan Negara Islam, dua rakan sekutunya itu nampaknayn tidak langsung dilihat mempertahankan Islam dalam isu kalimah Allah.

Pas seolah-olahnya keseorangan dalam menyatakan pendirian menyokong keputusan mahkamah manakala Anwar Ibrahim dari PKR terus membisu.Dap pula terus menonjolkan sikap permusuhan tebalnya terhadap Islam di negara ini selari dengan prinsip perjuangannya untuk menghapuskan ketuanan Melayu.


Tidak ada gunanya bagi Pas untuk terus tidur sebantal dengan PKR dan Dap kerana lambat laun, parti itu akan dilayan seperti anak tiri atau merasa dirinya seperti melukut di tepi gantang.Sikap Pas mahu isu kalimah Allah dipertahankan habis-habisan haruslah dipuji di atas keberanian parti itu melawan arus perdana di dalam pakatan pembangkang.


Pas akan terus dihormati sebagai sebuah parti memperjuangkan prinsip serta nilai Islam sejagat jika ia juga berani mempersoalkan sikap Dap dan PKR yang dingin terhadap hak-hak orang Islam di negara ini.

Pakatan pembangkang dijangka tidak dapat bertahan lama untuk kekal sebagai kuasa oposisi yang kental di persada politik negara disebabkan sikapnya yang anti-Melayu dan anti-Islam.
Adalah lebih baik Pas keluar segera daripada tahalus siyyasah bersama-sama puak yang menyokong kemungkaran ini.

Jika tidak Pas sendiri akan membayar harga politik yang mahal kerana menyokong satu gagasan politik yang merugikan agama, bangsa dan negara. 

Tiada ulasan: