Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 26 Oktober 2013

#PRKSGLIMAU -#PRKSGLIMAU : SESIAPA SAHAJA BOLEH MEMINJAM TEKUN ASALKAN MEREKA MAHU BERNIAGA

Gambar Datuk Hamidah Osman Pengerusi TEKUN berkempen di  #PRKSGLIMAU 
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan TEKUN ini harus diberi pujian kerana mereka sanggup bersusah payah turun ke kampung-kampung untuk memastikan peminjam TEKUN mendapat pinjaman dan boleh meneruskan perniagaan mereka.

Datuk Hamidah Osman sebagai Pengerusi TEKUN terus berjumpa dengan penduduk kampung bagi menerangkan dasar-dasar TEKUN bagi membantu mereka yang mahu berniaga tetapi tidak mampu kerana masalah modal.

Datuk Hamidah Osman memberitahu TEKUN mempunyai banyak bantuan yang boleh diberi kepada peniaga-peniaga melayu yang kekurangan modal dan menegaskan TEKUN amat istimewa kerana sesiapa sahaja boleh meminjam asalkan mereka mahu dan mempunyai perniagaan dan TEKUN sedia memberikan bantuan dan tiada memilih sesiapa yang mahu dibantu tak kira fahaman politik ini jelas.

Pn Mahani yang juga peminjam TEKUN telah meminjam telah 4 kali meminjam melalui TEKUN dan hingga kini jumlah pinjaman mereka sudah mencecah RM 50,000.00 sekaligus membuktikan bahawa TEKUN tidak pernah gagal membantu Orang Melayu yang mahu membangunkan ekonomi mereka.

Dengan itu, segala persepsi negatif yang dilemparkan kepada TEKUN telah dijawab oleh pengerusinya sendiri dan sebenarnya memang tiada masalah kepada peniaga-peniaga yang mahu meminjam asalkan mereka bersunguh-sungguh mahu berniaga.

Turut hadir bersama, Pengarah TEKUN Negeri Kedah untuk bersama mendengar sendiri permasalah yang dialami oleh penduduk kampung yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan TEKUN ini harus diberi pujian kerana mereka sanggup bersusah payah turun ke kampung-kampung untuk memastikan peminjam TEKUN mendapat pinjaman dan boleh meneruskan perniagaan mereka.baca seterusnya di sini

#BeraniHijrah
#KedahAmanMakmur
#NadiRakyatMalaysia

Tiada ulasan: