Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 26 Oktober 2013

COMANGO Wakili Agenda Pembangkang Rosakkan Negara ?

Di sini senarai 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR) adalah seperti berikut :
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka,
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA
Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group,
19. Good Shepherd Welfare Centre,
20. Health Equity Initiatives,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters,
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. PANGGAU,
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. PS The Children,
36. PT Foundation,
37. People‟s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor,
42. Rainbow Genders Society,
43. Sabah Women‟s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers‟ Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women‟s Aid Organisation (WAO),
50. Women‟s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit,
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).
Daripada 54 NGO itu, suara paling dominan adalah dari kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang bernaung di bawah SOGI (Coalition of Sexual Orientation and Gender Identity).
Kerajaan wajib bertindak tegas terhadap dakwaan kononya “NGO” yang menjadi kakitangan, mata dan telinga pembangkang yang  bertindak melampau memburukkan kerajaan dan seolah-olah meminta pertolongan kuasa luar untuk campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran Negara
Para pengkhianat Negara ini yang bertindak atas arahan hantu hantu yang menyembunyikan dirinya,dan cuba mencipta senario  huru-hara yang membolehkan kuasa asing campurtangan seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan Syria.
Kita harus ingat bahawa apabila kuasa asing campur tangan maka rakyat akan menderita. Namun bagi pembangkang yang memang mengkhianati negara akan nertindak apa sahaja asalkan ‘End justice the Mean”.
Maka pembangkang yang sanggup menggadai dan melacurkan agama, bangsa dan Negara akan terus menabur fitnah melampau terhadap kerajaan.  Sikap senyap terhadap segala tindak tanduk pembangkang ini sebenarnya tidak boleh lagi diterima oleh rakyat.  Begitu juga dengan sifat terlebih apologetik para pemimpin negara yang meminta maaf setiap kali berjuang untuk agama bangsa dan Negara.
Agenda transformasi Negara perlu diteruskan dengan tegas dan konsisten. Begitu juga tindakan tegas terhadap pembangkang yang merupakan pengkhianat Negara juga perlu berjalan seiring.
Segala fitnah dan tindakan rancangan “jahat” pembangkang perlu dikekang dan dihukum dengan maksima demi menjaga kestabilan Negara. Hakikat bahawa Negara perlukan kestabilan untuk dimakmurkan dan ditransformasikan perlu diberi keutamaan.
Tindakan keji kononnya  “Gabungan NGO Malaysia” di dalam Proses UPR (COMANGO) menghantar wakil lobi ke Geneva, Switzerland, dan pada masa yang sama salah satu tulang belakang NGO iaitu SUARAM pula telah menghantar laporan memburuk-buruk kerajaan Malaysia kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
Fitnah SUARAM yang haram tidak berdaftar ini kononnya Kepelbagaian, toleransi dan progresif kurang dipraktikkan di Malaysia. Mereka cuba mempengaruhi pandangan Presiden AS, Barack Obama.
SUARAM telah  memfitnah kerajaan Barisan Nasional kononnya Malaysia menghadapi masalah dalan amalan perkauman, ekstremisme agama, rasuah, penipuan pilihan raya, pencabulan hak asasi manusia dan pelbagai aktiviti jenayah.
Segala kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia telah diputarbelit dan dimanipulasikan. Dalam keadaan kerajaan Amerika Syarikat sendiri menghadapi krisis kewangan yang begitu buruk dalam sejarah mereka, maka mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campurtangan.
Dan amat jelas sekali tindakan bodoh SUARAM itu bakal memalukan diri mereka yang tidak mampu berfikir kerana yang ada pada SUARAM adalah niat jahat melampau sehingga mengaburi kewarasan.
SUARAM juga turut menfitnah Kerajaan Malaysia menggunakan undang-undang yang menindas seperti Akta 1948, Akta Perhimpunan Aman 2012 Hasutan dan Kanun Keseksaan untuk menyekat protes terhadap keputusan pilihan raya oleh pembela hak asasi manusia, pemimpin-pemimpin pembangkang dan rakyat Malaysia dari pelbagai agama dan etnik.
Badan kehakiman  juga turut menjadi mangsa fitnah SUARAM kononnya  dikawal oleh BN sehingga tidak membenarkan penggunaan nama Allah kepada penganut Kristian seperti mana diputuskan Mahkamah Rayuan baru-baru ini. SUARAM telah mencadangkan  agar Obama memutuskan hubungan rasmi dengan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib.(FMT)
Tidak cukup dengan Amerika Syarikat, SUARAM turut menemui kerajaan Britain dan menfitnah kerajaan Malaysia di dalam laporan yang dihantar kepada Perdana Menterinya, David Cameron.
Fitnah kononnya Kerajaan Malaysia membenarkan penahanan tanpa bicara, mengabaikan kekejaman polis, hak-hak orang asli dan kumpulan minoriti dipinggirkan serta menyekat kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Oleh itu SUARAM turut menggesa agar kerajaan Britain mengkaji semula hubungan perniagaan dengan Malaysia.(FMT)

Tiada ulasan: