Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 26 Oktober 2013

#PRKSGLIMAU -Sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR)

Muhyiddin dalam Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini 
Seperti kebiasaannya pemimpin parti pakatan pembangkang apabila bajet Belanjawan dikeluarkan pasti tiada satupun komen serta kenyataan memuji diberikan pada kerajaan 
Akan tetapi rakyat perlu bijak berfikir dan jangan mudah terpedaya dengan mainan Pembangkang,nama pun pembangkang mestilah kaki bangkang tak gitu dan dalam pemrhatian admin semalam bajet yang dikeluarkan kerjaan semalam adalah bertepatan dan banyak membantu golongan sasar dengan pendidikan mendapat bilangan peruntukan terbesar,
Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.

Admin amat menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan kerana dapat memertabat dan memperkasakan islam di malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan  Tahniah  Menteri Pendidikan dari admin
Menurut Beliau lagi "Saya sokong 100 peratus sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan untuk kukuhkan institusi pendidikan Islam kita,” katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, semua usaha membangunkan sistem pendidikan, termasuk pendidikan Islam, dilaksanakan kerana kerajaan mahu melihat rakyat negara ini menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat.
Tambahnya, peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.
Muhyiddin berkata, selain itu kerajaan juga membuka peluang seluas-luasnya kepada pendidikan Islam dibangunkan di negara in
Catat Ulasan