Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 6 April 2013

Teks Ucapan Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke 13.


Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Manifesto Barisan Nasional yang lebih bersifat sebuah “Akujanji” bertemakan “Rakyat Didahulukan”.

Pengerusi Barisan Nasional, Mohd Najib Tun Razak mengetuai 14 parti komponen membentangkan Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke 13.

Najib menegaskan manifesto ini adalah akujanji Barisan Nasional untuk dilaksanakan dalam lima tahun akan datang.

Barisan Nasional berjanji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Pembentangan Akujanji ini disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen utama dalam negara.

Menurut Najib, beliau lebih selesa memanggil manifesto ini sebagai “akujanji” kerana pembangkang mengamalkan “Manifesto Bukan Janji” sedangkan Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan “Janji Ditepati”.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia dan ianya merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Berikut antara ciri-ciri utama yang terkandung didalam “Akujanji Rakyat Didahulukan”;

1 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. 

Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’bersama rakyat. 

BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. 

Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

2 – Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

3 – Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

4 – Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

5 – 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

6 – Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

7 – Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

8 – Membina Lebuh raya Pan Borneo.

9 – Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

10 -Sekolah satu sesi diperluaskan.

11 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

12 – Transformasi sekolah vokasional.

13 – 4,000 anggota Polis setiap tahun.

14 – Penggunaan SafeCam.

15 – Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Akujanji Rakyat Didahulukan yang penuh : KLIK SINI 
Catat Ulasan