Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 6 April 2013

PAS DIDIK ANAK MUDA JADI PEMBERONTAK DAN BENCIKAN KEAMANAN




Beginikah pemuda harapan kita pada masa depan yang bakal memimpin anak cucu kita nanti segala sengketa sepatutnya diselesaikan oleh golongan bijak pandai yang masing2 menggelarkan diri ulama tapi menggalakkan perpecahan umat,sebagai Ulama sepatutnya menegur kesilapan pengikutnya bukan menjadi batu api supaya melakukan rusuhan yang bakal terjadi dan ia memang dijangka dari awal2 lagi akan terjadi,perkara mungkar wajib ditegah bukan disokong
 


klu diri tu mempunyai peribadi yang agak buruk takpayahlah sangat nak menonjol sangat kerana agama lain akan memandang rendah pada kita kerana untuk menjadi pemimpin yang disegani dan dihormatiperlukan keperibadian yang wajar dicontohi bukannya pemimpin yang mempunyai latar belakang yang meragukan


Masaalah ini sepatutnya dah lama selesai tetapi yang peliknya orang yang lebih layak diangkat menjadi ketua duduk dibawah kuasa orang yang mempunyai masaalah dan moral yang tersangatlah menduka citakan sepatutnya walau perkara ini kita was2 tentang kebenaran kita wajib memilih orang yang jelas tidak mempunyai masaalah dan tanggapan buruk masyarakat tentang peribadi seseorang pemimpin yang hendak kita pilih.
Dan kegilaan sesetengah ahli-ahli politik untuk berkuasa dan menjadi pemimpin Islam dengan mencipta slogan-slogan indah untuk menarik sokongan rakyat, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan perpaduan dan persaudaraan sesama muslimin. Idealisma perjuangan mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan keadilan dicemari dengan kata nista kotor dan caci-mencaci demi menagih sekeping undi.

Harus disedari bahawa kuasa politik bukan segala-galanya, hingga perlu direbut dengan apa harga sekalipun dan walaupun dengan mengorbankan prinsip dan nilai akhlak. Malangnya bagi sesetengah ahli politik , perpecahan ini terutama di kalangan umat Islam merupakan satu peluang keemasan untuk mereka mencapai cita-cita kotor mereka. Bahkan mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mengukuhkan lagi kedudukan mereka.




Berapa ramai umat Islam begitu menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah) tetapi pada masa yang sama mengabaikan hubungan sesama manusia (hablu minannas). Sedangkan asas bagi ajaran Islam bukanlah sekadar membina hubungan dengan Allah semata-mata, tetapi kita juga wajib mengukuhkan hubungan sesama manusia apatah lagi sesama muslimin. Ikatan ukhwah yang kukuh, memberi kekuatan kepada ummah keseluruhannya. Begitu banyak ayat-ayat Allah dalam Alquran dan hadis-hadis nabi SAW yang mengajak kepada perpaduan dan persaudaraan sesama Islam, tetapi kenapa perpecahan juga yang berlaku dikalangan kita umat Islam? 
 


Perpecahan umat Islam berlaku juga hanya kerana perbezaan pendapat dan mazhab-mazhab tertentu. Bahkan di tanah air kita sendiri yang mengamalkan mazhab Imam As Syafie pun berpecah kepada beberapa kumpulan. Malahan sesetengah kumpulan sanggup mengkafirkan satu kumpulan yang lain hanya kerana sedikit perbezaan pendapat. Bagi mereka sesiapa yang tidak menyertai, menyokong dan bersetuju dengan mereka dianggap "kafir" dan menentang Islam. Bahkan ada yang sanggup menumpahkan darah sesama saudara dan sesetengahnya sanggup berperang. Inikah "BALA" yang Allah turunkan kepada Umat Islam yang berpecah belah..?

Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. (al-An'am ayat 65).

Perpecahan umat Islam sekarang bukanlah berpunca dari ajaran Islam, tetapi ia berpunca dari tafsiran-tafsiran al quran yang berbagai-bagai dan bertentangan dari ajaran suci Islam. Dikalangan pemimpin dan ahli-ahli agama dalam kumpulan tertentu sanggup memanipulasi ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi hanya kerana ingin memperolehi kedudukan tertentu di dalam dunia. Golongan seperti mereka inilah yang membuat umat Islam keliru dengan agama Islam itu sendiri dan identiti Islam mereka. Malahan bukan Islam juga keliru tentang Islam dan umatnya. Ini akan mengakibatkan jurang perpaduan antara umat Islam sesama sendiri dengan bukan Islam bertambah besar.

[3:103] Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatk
an kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
  

Tiada ulasan: