Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 15 Januari 2014

PAKATAN PEMBANGKANG WAJAR TETAPKAN PENDIRIAN BERHUBUNG ISU KALIMAH "ALLAH" - TUAN HJ SHARIZAL


Petang tadi Admin @pm sempat berjumpa saudara Tuan Hj Shahrizal Naib Ketua Pemuda Umno Tg Karang sempat juga bertanyakan Beliau tentang isu yang Hangat bermain di laman media masakini iaitu berhubung Polimik Kalimah ''Allah'' 

Beliau menjelaskan sikap berdolak-dalik kepimpinan Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai pendirian jelas berhubung polemik penggunaan kalimah Allah bakal menyebabkan mereka kehilangan sokongan dan tersungkur dalam perebutan memenangi hati rakyat pada PRU14 akan datang.

Ketika majoriti orang Melayu dilihat tegas bahawa kalimah tersebut hanya untuk umat Islam, PR cenderung untuk membuat pendirian yang berbeza beza dulu cakap lain lepas tu cakap lain bagaikan orang mabuk dalam menyampaikan pendirian mereka, situasi ini sepatutnya dapat membuka mata Rakyat untuk menilai perjuangan PR dan sememangnya Rakyat perlu menolak untuk memilih mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya lagi Beliau mengajak kita mengimbau fakta yang menjelaskan bagaimana kenyataan kenyataan Pemimpin PR dalam Isu Kalimah Allah ini dimana bukti jelas mereka sering membuat 360 darjah lipat baring seperti:-

08 Januari 2013:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

15 Januari 2013
Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa."

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu:

04 Januari 2013
PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."

15 Januari 2013
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Di akhir kenyataan saudara Shahrizal NKP Umno Tg Karang merayu Umat Islam semua sama sama menilai apa yang PR lakukan selama ini mudah mudahan kita tidak terpedaya dengan Agenda tersembunyi PR dan akhirnya hanya menguntungkan bukan Melayu sahaja..

Tiada ulasan: