Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 7 Mac 2013

KOO HAM DIDESAK MOHON MAAF KERANA MENGHINA MASYARAKAT INDIA DENGAN MENGATAKAN MASYARAKAT INDIA BOLEH DIBELI DENGAN WANG,MILO,KARI DAN BIR !!!!!!!


Sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada pemimpin pembangkang adalah berkaitan agenda dan propaganda mereka semata-mata. Pada saya, tidak usah melayan kenyataan mereka.
"Perkara paling penting yang perlu difikirkan oleh semua pihak pada waktu ini adalah menyelesaikan kemelut pencerobohan kumpulan bersenjata api pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah


Beberapa pertubuhan kaum India mendesak Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meminta maaf ekoran kenyataannya yang berbaur penghinaan selepas menggambarkan undi masyarakat India boleh dibeli dengan sogokan seperti wang dan minuman keras.

Menurut mereka, kenyataan pemimpin pembangkang itu dalam laman sosial Twitternya baru-baru ini, amat biadab dan keterlaluan.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia, V. Nambi menegaskan, Koo Ham perlu meminta maaf secara terbuka kerana kenyataannya itu mengguris perasaan masyarakat India seolah-olah mereka boleh dibeli dengan wang.

Nambi turut mempersoalkan kenapa Koo Ham mempertikaikan bantuan yang diberi kerajaan kepada kaum India dengan menggambarkannya sebagai sogokan sedangkan beliau tidak komited membantu rakyat di kawasannya sendiri.

"Koo Ham gagal melaksanakan tanggungjawab membantu pengundi di kawasannya, sebaliknya mencari isu untuk menjatuhkan nama baik kaum India. Dia perlu minta maaf kerana mengeluarkan kenyataan menghina seperti itu.


"Kami bagi amaran keras, jangan cemar nama kaum India. Kalau dia tidak boleh buat kerja untuk kami pengundi India, letak sahaja jawatan," katanya di sini hari ini.

Koo Ham dalam laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated of their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

Kenyataan Koo Ham itu dibuat selepas Timbalan Pengerusi Gerakan, Chang Ko Youn mengadakan jamuan makan malam di sebuah restoran di Pantai Remis dekat sini, dengan menjemput pemimpin masyarakat India di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, N. Kumaran berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu sangat biadab dan bersifat menghina.

"Dia seolah-olah menggambarkan kaum India suka minum dan mabuk. Kita minta dia minta maaf segera. Jangan sesuka hati buat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain," tegasnya.


Ahli Majlis Tertinggi MIC, Datuk S. Veerasingam pula berkata, Koo Ham tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin bertanggungjawab kerana sanggup mengeluarkan kenyataan yang disifatkan terlalu biadab.


"Kami menerima panggilan daripada masyarakat India yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Koo Ham, itu satu penghinaan yang tidak boleh diterima dan dia perlu meminta maaf," ujarnya.

Tiada ulasan: