Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kalimah Allah:DR Maza wajar Fahami penghakiman, jangan buat kenyataan sembarangan ?- PPMM

DR Maza perlu membaca dan memahami penghakiman Mahkamah Rayuah mengenai isu kalimah Allah mengikut konteksnya dan tidak membuat kenyataan serta komen dan paling buruk membuat tuduhan termasuk hari ini di dalam sinar dalam kolumnya kononnya pelik ada orang mengatakan Murtad walhal tak tau apa yang dikatakan dalam mahkamah maka timbul komen tibai sembarangan daripada DR Maza semalam
DR Maza menghentam tampa menyelidik fakta jelas menampakkan yang beliau berhujah mengikut fahaman politik semata mata dengan memutarbelit kenyataan seorang penasihat agama Johor dengan mengatakan perkara yang tidak benar
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini(semalam) memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad. 
tiada dikatakan beliau bahawasanya melarang bukan Islam menyebut kalimah Allah akan tetapi beliau jelas menyatakan memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad malah tindakan Kerajaan Malaysia ini juga mendapat sokongan dari Ulama dunia yang Pendekar sediakan Ulasannya di
Walhal memang wajar diketogerikan murtad orang yg menyokong pihak gereja menuntut kalimah allah boleh diguna pakai dalam penulisan mereka menggantikan nama tuhan kepada Allah dan perkara ini jelas menyeleweng dan menduakan keesaan Allah s.w.t

Akan tetapi DR Maza hanya menuduh kononnya yang dituduh mengatakan haram dan murtad bukan islam menyebut Kalimah Allah walhal perkara ini jelas bukan maksud sebenar yang di maksudkan orang yang dituduh 
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainur Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan yang dibuat sewenang-wenangnya boleh menimbulkan kekeliruan atau menghina mahkamah.
Keputusan Mahkamah Rayuan ini pada pandangan PPMM ialah setakat melarang Archibishop menggunakan kalimah Allah dalam The Herald, iaitu penerbitan mingguan Katolik dan tidak lebih daripada itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Persatuan itu juga katanya berpandangan adalah salah anggapan jika ada pihak tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, untuk menganggap keputusan mahkamah berkenaan merupakan larangan penuh terhadap mana-mana komuniti bukan Islam di Malaysia daripada menggunakan kalimah Allah.
"Jika dibaca dengan teliti, penghakiman itu menunjukkan semua rakyat Malaysia dibenar menggunakan kalimah Allah dalam konteks al-Quran dan rujukan Islam kepada tuhan,” katanya.
Dalam keputusannya Isnin lepas, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa Melayunya untuk merujuk kepada tuhan.

Tiada ulasan: