Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 7 Mei 2014

lakukan Seks dalam pesawat kantoi dengan ibu bapanya sendiri !!!macam2 la orang putih ni

SEORANG wanita British berusia dalam lingkungan 20-an telah ditangkap ketika sedang mengadakan hubungan seks dalam tandas kapal terbang yang dinaikinya, baru-baru ini, lapor metro.uk memetik akhbar The Sun.
Akhbar itu melaporkan, wanita tersebut dipercayai melakukan hubungan seks dengan seorang penumpang lelaki dengan kedua-duanya dalam keadaan mabuk ketika menyertai penerbangan Virgin Atlantic dari London ke Las Vegas.
Wanita itu melakukan perkara itu ketika ibu bapanya juga berada dalam penerbangan berkenaan, lapor akhbar itu.
Kedua-dua mereka digari oleh anak kapal pesawat berkenaan dan perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa wanita tersebut.
Perbuatan pasangan tersebut disedari penumpang lain yang terdengar bunyi kuat datang dari arah tandas yang kemudiannya telah memaklumkan perkara itu kepada anak kapal yang bertugas.
Penumpang lelaki dan wanita itu dilihat dibawa pasukan polis untuk disoal siasat sebelum dilepaskan dengan syarat oleh pihak berkuasa.

Tiada ulasan: