Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 18 November 2013

Jangkitan dada, Tun M dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi, lapor Bernama.
“Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya,” menurut kenyataan itu.
Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.
Agensi berita nasional melaporkan, doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.
Mahathir, kali terakhir dimasukkan ke hospital di Melbourne, Australia pada Oktober 2010 akibat jangkitan kuman.
Beliau menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Tiada ulasan: