Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 7 Mei 2014

DAP perlu tinggalkan PR jika tolak hudud

KUALA LUMPUR - MCA hari ini menggesa DAP meninggalkan Pakatan Rakyat untuk membuktikan parti itu benar-benar menolak Hudud.

Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataan di sini hari ini berkata, DAP hanya perlu memohon maaf kepada orang ramai kerana tindakannya itu dan bukan menyuruh Pas meninggalkan Pakatan Rakyat kerana PKR pun tidak kelihatan menolak pelaksanaan hudud.
"Kami belum nampak DAP mengambil sebarang tindakan praktikal untuk menghalang Pas daripada membentangkan rang undang-undang persendirian, tetapi terus memburuk-burukkan MCA dalam isu ini."Kecewa sungguh apabila melihat kerana gilakan kuasa, DAP mengetepikan kepentingan rakyat.

"Macam mana dua set undang-undang jenayah tidak mencampuri satu sama lain sedangkan kita hidup dalam persekitaran yang sama.
Konflik mengenai penukaran agama menjadi bukti jelas betapa tiada siapa pun terkecuali daripada dua jenis kehakiman dan DAP serta Pas bersikap tidak bertangungjawab apabila mereka menipu orang ramai," katanya.

Pas Kelantan, melalui anggota parlimennya, merancang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri 1993 menjelang Disember tahun ini. - Bernama

Tiada ulasan: