Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 23 April 2014

Suara Pondok buat laporan polis selar tindakan Pembangkang

KOTA BHARU - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok) membuat laporan polis, di sini, kelmarin, berhubung satu perhimpunan pada 1 Mei ini yang membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, diketuai Ketua Penerangan Suara Pondok,  Mohd Syamsul Mohd Yusoff bersama 15 penyokong.

Mohd Syamsul berkata, pihaknya berasa bertanggungjawab dan tidak akan membiarkan keselamatan serta keamanan rakyat diporak-perandakan dengan perhimpunan haram oleh golongan berkepentingan politik semata-mata.

“Kita sangat bimbang perhimpunan haram ini akan undang kekecohan dalam kalangan rakyat dan kesannya sangat besar terutama kepada peniaga yang sudah semestinya tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan aman pada hari tersebut.

“Oleh itu, kami buat laporan ini untuk meminta pihak keselamatan bertindak tegas terhadap golongan terbabit termasuk menyekat perhimpunan itu daripada diadakan," katanya.

Sebelum ini, satu perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Himpunan 1 Mei dilaporkan akan diadakan pada tarikh sama di Kuala Lumpur bagi membantah GST.

Jurucakap Jawatankuasanya (Himpunan 1 Mei) Dr Hatta Ramli berkata, demonstrasi besar-besaran itu diadakan sebagai referendum rakyat bagi mendesak kerajaan BN membatalkan cukai berkenaan.
Catat Ulasan