Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 26 Februari 2014

Khalid jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?

KHALID_IBRAHIM_100214_TMINAZIRSUFARI_03_540_356_100KUALA LUMPUR- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Penasihat Parti Keadialan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan beliau bertanding dan menang jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini.
Sumber dalaman PKR mendedahkan, ada kecenderungan bahawa Khalid akan memenangi jawatan tersebut sebagai habuan seandainya beliau bersetuju melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Anwar jika PKR menang Pilihan Raya Kecil Kajang 23 Mac ini.
“PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti. Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan, “ lapor The Malaysian Insider yang memetik sumber tersebut.
PKR sebelum ini mengesahkan jawatan Presiden bakal dipertandingkan dengan Anwar dijangka memenanginya manakala kerusi timbalan presiden bakal menjadi rebutan antara Khalid, penyandang, Mohamed Azmin Ali serta beberapa nama lain.
Antaranya yang disebut-sebut akan turut merebut jawatan tersebut ialah anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini Naib Presiden PKR.
“Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding… tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri,” kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
“Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor… jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti,” kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.
Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
“Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya,” kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.
Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.
“Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.
“Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia,” katanya sumber itu lagi.
Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain “tarik tali” dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.
Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.
Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.

Tiada ulasan: