Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

TPM-Pemberian subsidi dan insentif nelayan tidak dihentikan

MUKAH - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan pemberian pelbagai subsidi dan insentif kepada nelayan di negara ini.
Menurutnya, golongan tersebut juga akan terus diberi latihan dan bimbingan dalam menambah nilai hasil tangkapan laut untuk dimajukan dalam perniagaan berasaskan ikan.
"Selama ini kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor perikanan dan mengakui tentang kepentingan industri berkenaan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
"Sehubungan itu, pemberian subsidi minyak diesel, insentif tangkapan ikan serta elaun sara hidup nelayan akan diteruskan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Mukah/Oya di sini sebentar tadi.

Tiada ulasan: