Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 6 Januari 2014

Bertenang, isu sensitif perlu diselesaikan mengikut undang-undang – Najib

pm1
Najib menyampaikan amanat kepada warga kerja penjawat awam JPM sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri) pada perhimpunan bulanan JPM di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi Isnin.
PUTRAJAYA: Isu yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara perlu diselesaikan menerusi dialog dan penglibatan semua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, pihak yang menguruskan isu-isu itu perlu mengetepikan emosi dan menyelesaikan ia dengan matang.
“Isu itu akan menjadi kurang tegang apabila kita duduk bersama-sama.
“Bertenang dan selesaikan isu tersebut mengikut undang-undang,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Isnin.
Perhimpunan itu merupakan yang pertama untuk tahun ini.
Najib berkata, keamanan dan keharmonian kaum di negara ini amat berharga dan pembangunan yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna sekiranya masyarakat berpecah-belah.
Ketegangan di antara orang Islam dan penganut Kristian mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ masih berlarutan.
Pada 14 Disember lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa semua rakyat di negeri itu perlu mematuhi larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ di kalangan bukan Islam di bawah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.
Pada 27 Disember lalu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew, berkata semua gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya walaupun Jais telah menghantar surat peringatan berhubung perkara itu.
Pada Khamis lalu, pegawai penguatkuasa Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan merampas kira-kira 350 salinan bible dan penerbitan Kristian yang didakwa melanggar Enakmen 1988.Mstar

Tiada ulasan: