Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

Mayat tanpa kepala dipercayai remaja hilang ketika memancing

KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Johari Yahaya berkata, mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.
Katanya, mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.
Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.
"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: