Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 28 Mac 2014

FB CNN ‘diserang’ rakyat Malaysia

Laman Facebook rasmi Cable News Network (CNN) ‘diserang’ sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak senang dengan laporan negatif saluran berita televisyen berkenaan mengenai tragedi pesawat MH370.
cnn boikot 3cnn boikot2Sejak awal pagi ini, laman Facebook saluran televisyen yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu dihujani komen yang membidas laporan CNN kerana memberi gambaran negatif terhadap Malaysia.
“Tolong berhenti menyebar pembohongan mengenai kami (Malaysia). Kalau kamu di tempat kami, adakah anda sanggup terima jika saya buat perkara yang sama terhadap anda?  #boycottCNN,” antara komen rakyat Malaysia dalam laman sosial Facebook milik saluran berita tersebut.
Ada juga yang menyindir CNN kerana begitu ghairah mahu menjadi seperti penyebar maklumat sedangkan gagal memberikan maklumat paling asas seperti kedudukan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.
Salah satu laporan CNN sebelum ini menyebut nama Kuala Lumpur tetapi visual peta menunjukkan ibu negara Malaysia itu terletak di Indonesia.
celebrities boycott malaysia mh370boikot cnnCNN sebelum ini memetik kenyatan segelintir kecil waris mangsa penumpang MH370 yang memburuk-burukkan nama Malaysia dengan menuduh Kuala Lumpur sengaja menyembunyikan fakta selain menuduh MAS dan kerajaan Malaysia sebagai “pembunuh sebenar dalam insiden MH370″.
Saluran televisyen itu turut memetik dua selebriti China Zhang Ziyi dan Chen Kun yang turut mengutuk Malaysia sambil mengajak rakyat negara tersebut memboikot produk Malaysia.
cnn1Tindakan CNN yang mengambil komen-komen terpilih yang menggambarkan Malaysia sebagai negara pengganas juga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang menganggap ia sebagai agenda tersembunyi pihak tertentu.
Sementara itu, beberapa fan page  Facebook melancarkan kempen memboikot CNN seperti Saya Sayang Dr Mahathir Mohamad, Generasi Pelapis Negara dan Rojak Malaya selain wujudnya laman Facebook baru seperti Malaysia Bersatu Menentang CNN yang menjalankan kempen sama.
Catat Ulasan