Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 28 Mac 2014

#PRK-BALINGIAN Adenan Satem: BN akan kota janjinya kepada rakyat

imageMUKAH – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat dan tidak akan lari daripadanya.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberikan jaminan itu sebelum menyampaikan 246 hakmilik tanah di Kampung Sesok di sini hari ini.
Beliau juga berada di sana berkempen untuk calon BN, Yussibnoh Balo yang berhadapan calon Parti Keadilan Rakyat Abdul Jalil Bujang pada pilihan raya kecil (PRK) Balingian Ahad ini.
PRK Balingian diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga bekas Ketua Menteri melepaskan kerusinya untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
“BN tidak seperti pembangkang yang membuat bermacam-macam janji kepada rakyat tetapi tidak berupaya mengotakannya”, katanya.
Adenan berkata:”Walaupun kami belum menunaikannya 100 peratus, kami akan terus mengotakannya tidak hanya semasa musim pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata, Abdul Taib telah berjanji untuk menukarkan status tanah penduduk-penduduk di sana daripada lesen menduduki sementara kepada hakmilik tanah semasa beliau menjadi wakil rakyat mereka.
“Hari ini kami menunaikan sebahagian daripada janji beliau. Kami berharap akan menunaikan yang terakhir penghujung tahun ini,” katanya.
“Tolong sokong Yussibnosh calon kami. Satu undi untuknya adalah satu undi untuk pembangunan dan kemajuan berterusan sementara satu undi untuk calon pembangkang adalah satu undi yang sia-sia.”
Terdahulu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dalam ucapannya setakat ini sebanyak 44,860 hakmilik tanah untuk kampung tradisi di 282 kawasan di seluruh negeri telah diberikan.
Beliau berkata, ini termasuk 7,261 hakmilik tanah untuk 41 kampung tradisi di Bahagian Mukah.
Mengenai inisiatif kerajaan mengukur kawasan Tanah Hak Adat Pribumi (NCR), beliau berkata ia telah telah dan sedang dilakukan di 418 kawasan di seluruh negeri melibatkan kawasan seluas 700,000 hektar.
Beliau berkata, setakat ini seluas 369,000 hektar di 267 kawasan telah diukur dan untuk tahun ini sasarannya adalah 150,000 hektar. – Bernama

Tiada ulasan: