Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 5 Januari 2014

Tidak ada sebab Enakmen Agama Bukan Islam Selangor dipinda, kata Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata tidak ada sebab Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 untuk dipinda sebagaimana dicadangkan DAP.
"Enakmen ini tidak harus dilihat dalam bentuk emosi dan perlu dilihat dari sudut positif iaitu untuk memelihara agama, keharmonian dan kerukunan masyarakat berbilang kaum negara ini," katanya ketika mengulas cadangan itu hari ini.
Jamil Khir berkata enakmen tersebut diwujudkan seiring dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Oleh itu, katanya, tidak ada sebab kerajaan negeri meminda enakmen tersebut.
Perkara itu tidak boleh dilihat dari sudut emosi semata-mata oleh masyarakat bukan Islam, yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam, katanya kepada pemberita.
Menurut laporan, Adun Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing ) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) akan datang. Butir-butir pindaan yang dicadangkan tidak dinyatakan.
Cadangan itu dibuat susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas sebanyak 351 naskah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Khamis lepas.
Jamil Khir berkata pihak tertentu tidak perlu mengeruhkan keadaan sebaliknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. – Bernama, 4 Januari, 2014.

Tiada ulasan: