Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 4 Januari 2014

Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda

Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Terkejut dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San (gambar), yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku berkata, enakmen itu hanya bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam.
Menyifatkan tindakan Jais sebagai kasar, mereka berkata apa yang berlaku menjadi panggilan kesedaran untuk mengkaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan "Allah" atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Yeo, Rajiv dan Lau berkata, seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk percaya, mengamal dan menguruskan agamanya.

"Oleh itu, seksyen ini perlu dipinda untuk memastikan kumpulan pelampau tidak bertindak melawan pihak beragama lain atas kepentingannya.

"Enakmen ini perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan dibawah Perkara 11 (4) iaitu:
"Undang-undang negeri dan juga Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau mengehadkan penyebaran oleh mana-mana agama atau kepercayaan di kalangan mereka yang menganut agama Islam tetapi tidak dibenarkan menyekat hak bukan Islam dalam cara untuk mengamalkan kepercayaannya," kata mereka.

Mereka mengajak semua Adun Selangor menyokong pindaan kepada enakmen itu sesuai dengan semangat Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan hak semua rakyat Malaysia dikawal samarata.
"Kita mesti menyekat pihak pelampau mengawal agenda negeri dan negara sehingga kumpulan minoriti dizalimi," tambah mereka. - TMI

Mohon disebarkan- TERKINI:



Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela (penolong) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (maksud ayat 73 surah Al-Anfal)

Sekretariat solidariti umat islam daerah klang bersama ngo ISLAM akan mengadakan bantahan terhadap paderi Lawrence Andrew atas kenyataan beliau utk menggunakan kalimah ALLAH di gereja seluruh selangor.

Mari bersama kita sertai perhimpunan ini pada:
Tarikh: 5 jan 2014.
Masa: 9 pagi.
Tempat: Padang kota raja klang
Takbir!!

Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Read more info at http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/?m=0
 — 

Tiada ulasan: