Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Januari 2014

Pembangkang turut setuju persempadanan semula

persempadan-semula_1KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang bersetuju dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya tetapi menegaskan proses itu harus mengumpulkan pandangan mereka.

Wakil rakyat pembangkang pada yang sama turut menyatakan kepentingan untuk mengurangkan jurang perbezaan jumlah pengundi antara kawasan Parlimen kepada 15 peratus.

China Press yang menghubungi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mendapati rata-rata mereka bersetuju dengan kerja persempadanan semula yang akan dimulakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kali terakhir persempadanan semula kawasan Parlimen adalah pada 2003 dan SPR sepatutnya melakukan proses sama pada 2011 tetapi ia terpaksa ditanggunhkan selepas mengambil kira Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir.

Persempadanan semula boleh dilakukan dengan kelulusan majoriti mudah dalam sidang Dewan Rakyat, tetapi sebarang pertambahan kerusi Parlimen perlu mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mengharapkan persempadanan semula akan mengurangkan perbezaan jumlah pengundi antara kawasan kepada 15 peratus.

Katanya, perbezaan jumlah pengundi antara kawasan pada masa kini adalah terlalu besar di mana pengundi di Kapar adalah 10 kali ganda lebih ramai berbanding Putrajaya.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming pula berkata, parti pembangkang telah menubuhkan unit persempadanan semula yang dianggotai wakil dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Cadangan daripada unit ini akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk penelitian sebelum diserahkan kepada SPR,” katanya.
Ahli Parlimen Tanjung Piai dari MCA, Datuk Wee Jeck Seng pula berpendapat persempadanan semula harus dilakukan setiap kali selepas dua pilihan raya umum diadakan.

Ahli Parlimen Cameron Highlands dari MIC, Datuk Seri G. Palanivel pula berkata, proses persempadanan semula harus mendapat sokongan semua parti politik kerana usul pertambahan kerusi Parlimen mesti diluluskan dengan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

“SPR berdepan masalah dalam persempadanan semula kerana tiada satu pihak yang memperolehi kelebihan dua pertiga dalam Parlimen,”

Tiada ulasan: