Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Januari 2014

Permohonan Anwar diputus esok - BERSIH 3.0

imageKUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan esok untuk memutuskan sama ada membenarkan permohonan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat yang lain bagi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada semua pertuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, 2012.
Hakim Ahmad Bache juga akan memutuskan sama ada akan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi penangguhan sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan perintah Mahkamah Majistret yang melarang Dataran Merdeka dijadikan venue perhimpunan itu.
Ahmad memberitahu barisan peguam bela dan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa terdapat beberapa isu penting dibangkitkan kedua-dua pihak dalam permohonan masing-masing, dan dengan itu mahkamah memerlukan masa untuk memutuskan perkara berkenaan.
Dalam prosiding hari ini, peguam S. N. Nair yang mewakili Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, memberitahu mahkamah yang beliau telah menulis kepada Pejabat Peguam Negara supaya anak guamnya diberikan DNAA daripada pertuduhan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, Wan Shaharuddin memaklumkan pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam dan ia (perbicaraan) patut ditangguhkan sementara menunggu keputusan oleh mahkamah itu. – Bernama

Tiada ulasan: