Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Januari 2014

KENYATAAN MEDIA UMNO SELANGOR : MENTERI BESAR SELANGOR KHIANATI AKU JANJI

KENYATAAN MEDIA

1. UMNO Selangor melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor terhadap isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS jelas menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan DYMM Sultan Selangor ketika perlantikan sebagai Menteri Besar.

2. Antara Aku Janji yang dilafazkan oleh beliau adalah beliau berjanji akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

3. UMNO Selangor kesal dengan Menteri Besar yang tidak memahami penyelesaian 10 Peraturan yang diluluskan oleh kabinet kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri. Penyelesaian 10 perkara ini  hanyalah satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan. 10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah

4. Kenyataan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa executive telah mencampuri kuasa perlaksana undang-undang di negeri Selangor kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada

5. Sebagai seorang Menteri Besar beliau wajib membantu DYMM Sultan Selangor mempertahankan kesucian agama Islam dan bukan hanya bergantung kepada DYMM Sultan Selangor sahaja. Oleh sebab itu di dalam perlembagaan negeri Selangor ada menyebut bahawa hanya orang Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi Menteri Besar.


6. UMNO Selangor melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam artikel 11 dan tertakluk kepada artikel 11 (4).

7. Kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri ( KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

8. UMNO Selangor melihat arahan supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu memperihatkan Menteri Besar telah tunduk dengan desakan DAP.

Tiada ulasan: