Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 6 Januari 2014

Dr Mohd Asri minta maaf memfitnah Kerajaan di laman FB nya

maza minta maafBekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akhirnya mengakui kesilapannya memfitnah kerajaan dan beliau menyatakannya melalui laman FB miliknya
Beliau meminta maaf kerana memuat naik gambar yang kononnya merupakan hiasan ruang dalaman sebuah jet yang milik kerajaan.
Mohd. Asri dalam status terbaru di Facebook mengakui, gambar itu diperolehi daripada Malaysian Chronicle, – portal berita yang sering dikaitkan sebagai lidah pembangkang.
“Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar ‘hiasan pesawat’ kerajan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle,” katanya dalam status berkenaan.
Mohd. Asri dalam laman sosial sama semalam memuatnaik gambar tersebut beserta status berbunyi: “Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya. Menurut laporan tahun 2012, kos perjalanan Putrajaya lebih RM180 juta. Bersyukur kerana negara kita mewah.”
Kenyataan tersebut bagaimanapun dikecam termasuk oleh pengikutnya di laman sosial kerana gambar tersebut sebenarnya gambar sebuah pesawat yang diambil daripada laman web Corporate Jet Investor.
Mohd. Asri kemudiannya memadam gambar tersebut di laman FB milik beliau.
Beberapa blog sebelum ini mendakwa kerajaan telah menyewa sebuah lagi pesawat yang dikatakan untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menterinya.
Pejabat Perdana Menteri kemudiannya mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan dakwan tersebut. Kenyataan penuh itu penuh itu adalah seperti di bawah:
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.
Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.
Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
maza fitnahTertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.
Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.
Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.
Catat Ulasan