Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Disember 2013

Pelajar antara 3 ditahan rosakkan kereta peronda

KUANTAN – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang melakukan vandalisme terhadap kenderaan awam dan kereta peronda polis dalam kejadian di Teluk Cempedak, tengah malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.
“Polis menerima aduan awam mengenai kejadian dan bergegas ke lokasi. Sebaik tiba jalan di situ sesak dengan orang ramai yang meraikan Hari Natal,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Menurutnya mereka yang berkumpul di situ turut menyembur buih sabun dan melontar tin serta botol air mineral ke arah kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis berkenaan.
“Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dua anggota polis terbabit meminta bantuan tambahan dari anggota cawangan jenayah sebelum berjaya mengawal keadaan,” katanya.
Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati semua suspek tiada rekod jenayah.
“Dalam kejadian itu juga tiada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun kereta peronda polis mengalami kerosakan di bahagian belakang dipercayai disepak suspek selain lampu, bonet dan cermin retak akibat dibaling objek keras,” katanya.
Katanya, semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan.
- Bernama

Tiada ulasan: