Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

PAS RANTAU PANJANG JANGAN BABITKAN UMNO PERSENDA KALIMAH DENGAN MENGUBAH HURUF ALIF MENJADI 1 MALAYSIA JIKA TIADA BUKTI UMNO YANG LUKIS !!!


Satu cubaan memfitnah Umno nampaknya di mainkan oleh Pas Rantau Panjang kononya Umno lah yang membuat risalah ini akan tetapi perkara yang berlaku di tempat mereka sepatutnya di siasat malah kalau nampak risalah itu di edar maka buat lah tindakan sewajarnya tangkap pengedar risalah tu kerana tiada sesiapa pun yang berakal waras nak mempersenda kalimah sebegitu rupa

Tindakan mengaitkan umno bukan satu jawapan yang baik sebaliknya Pas harus berbaik sangka terhadap isu ini kerana jelas meraka mengaitkan  umno yang menjadi dalang dalam perbuatan ini, kerana mereka mengatakan di penulisan SH di bawah di mana Ulama SERTA AGAMAWAN  UMNO TIDAK MENEGUR PERKARA INI WALHAL MEREKA YANG TERDAHULU MENEMUI RISALAH ITU HARUS MENEGUR BUKANNYA BERDIAM DIRI DAN TERUS MENGHENTAM UMNO DI PAPER.

Seperti kita sedia maklum yang selama ini DI CERITA KAN DAHULU KALA kONONNYA kes ini sama seperti kes menyimbah cat pada bas yang boleh berubah menjadi pentas mereka dulu seakan akan sengaja di buat agar kononnya Umno bertindak zalim walhal di khabarkan orang umno tidak terlibat malah lebih kepada meraih simpati dari perbuatan mereka sendiri.

Terkini kalimah pula seakan akan dibuat agar menunjukkan Umno ni zalim walhal mereka tiada pun bukti yang jelas jadi admin PM anggap perkara ini berkemungkinan di buat oleh orang Pr sendiri dan mungkin untuk membuatkan ahlinya marah dan akhirnya nekad untuk merusuh di malam tahun baru,mari kita baca apa tuduhan yang mereka lempar  pada Umno di SH hari ini dan diharap Umno dapat memberi jawapan kepada pas yg sewenang wenangnya mengaitkan agamawan dalam umno tidak menasihati ahli umno kononnya ahli umno yang membuat perkara ini

Pas Rantau panjang harus malu dengan tindakannya yang gagal mengambil tindakan pada penyebar risalah ini kerana benda ini akan dapat di selesaikan sekiranya pas menyelidik siapa dalang sebenar dalm hal ini sekiranya memang ada ahli umno terlibat buktikan kami rakyat mahu bukti dan tidak menyokong sesiapa pon yg bersalah dalam hal ini kerana jelas mengaitkan Umno Tanpa Usul periksa adalah satu sifat yang wajar di elakkan kerana ini sudah bukan melibatkan politikm sahaja.

Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).

“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.


Pssstt...buktikan yang umno terlibat barulah boleh permohonan maaf dibuat kerana ini perkara melibatkan agama.
Catat Ulasan